Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kunjungan Hormat Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba Dan Delegasi Pusat Pendidikan Albarakah Ke Darul Quran Jakim

Pada 14 Mac 2017, Darul Quran telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba serta delegasi Pusat Pendidikan AlBarakah yang diasaskan penubuhannya oleh penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk melihat ruang-ruang kerjasama antara pihak Pusat Pendidikan AlBarakah dengan Darul Quran memandangkan Pusat Pendidikan AlBarakah juga telah menubuhkan Unit Tahfiz Al-Quran semenjak tahun 2009. Sementara kehadiran bersama Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba dengan wakil Pusat Pendidikan AlBarakah sebagai pemudah cara kerana Prof. Dato’ juga merupakan Ahli Lembaga Darul Quran Jakim.

Kehadiran Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba serta tiga orang delegasi dari Pusat Pendidikan AlBarakah ini telah diraikan oleh pegawai-pegawai Darul Quran yang diketuai oleh Pengarah Dr. Haji Nordin Bin Ahmad. Wakil-wakil dari Pusat Pendidikan AlBarakah terdiri daripada Timbalan Pengerusi Pusat Pendidikan AlBarakah Haji Mior Ahmad Bin Ramdzan, Mudir Unit Tahfiz Al-Quran AlBarakah Ustaz Mohd Azhar Bin Abd Latif dan Ustaz Mohamad Amin Maula Bin Mohamad Azizi selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap warden asrama di Unit Tahfiz Al-Quran AlBarakah.

Agenda utama kunjungan hormat ini ialah sesi taklimat dan perbincangan antara kedua belah pihak. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Darul Quran Ustaz Mohd Aishamudin Bin Samsungei. Dalam taklimatnya, beliau telah menyatakan program-program pengajian yang dijalankan oleh Darul Quran iaitu:

1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ

2. Diploma Tahfiz Al-Quran

3. Pensijilan Tahfiz Al-Quran

4. Sijil Asas Tahfiz

5. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

6. Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

7. Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran (STTQ)

Pertemuan ini berakhir kira-kira pada pukul 5:00 petang selepas sesi perbincangan, penyampaian cenderamata serta sesi bergambar. Pegawai-pegawai Darul Quran yang turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah Akademik Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani, Pendaftar Ustazah Azizah Binti Che Hassan serta pegawai-pegawai dari Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz.

0J0A5571

0J0A5572

0J0A5580

0J0A5582

0J0A5602

0J0A5605

0J0A5608