Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Mesyuarat Lembaga Darul Quran Kali Ke-31 Bersidang Di Masjid Negara

Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-31 telah berlangsung pada 29 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha. Beliau yang dalam ucapan aluannya mengucapkan tahniah kepada Prof. Datuk Dr. Zulkiple Abd Ghani atas Pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan oleh DYMM Yang diPertua Besar Negeri Sembilan pada 26 Januari 2017 dan Datuk Dr. Rosslina Ahmad Mokhtar atas gelaran Datuk oleh Yang Terutama Yang diPertua Melaka pada 14 Oktober 2017.

Dalam ucapan aluan ini juga, ahli-ahli lembaga telah dimaklumkan berkenaan pertukaran beberapa orang ahli seperti Haji Paimuzi Bin Yahya yang menggantikan Datuk Haji Razali Bin Shahabudin selaku Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Hajah Norhayati Binti Isa yang menggantikan Haji Wan Ramdzan Bin Wan Mamat yang telah bersara dan Puan Puziah Binti Haji Shfiee yang menggantikan Encik Imran Bin Abdullah selaku ahli ganti tetap kepada Datuk Dr. Rosslina Ahmad Mokhtar.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 12 orang Ahli Lembaga Darul Quran ini telah membincangkan berkenaan tujuh kertas cadangan berkaitan Kertas Cadangan Permohonan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Bagi Menawarkan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-Politeknik (KPTM), Kertas Cadangan Perakuan Keputusan Peperiksaan Semester Akhir Program Diploma Tahfiz al-Quran, Kertas Cadangan Perakuan Keputusan Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-UNITEN, Kertas Cadangan Pengesahan Bergraduasi Semester Akhir Program Diploma Tahfiz al-Quran, Kertas Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Akademik Darul Quran 2011 (Pindaan 2014), Kertas Cadangan Pengecualian Khas Kelayakan Masuk Lepasan Sijil Tahfiz Al-Quran OKUMP 2016 Dan Sijil Asas Tahfiz Al-Quran Ke Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim dan Kertas Cadangan Terma Rujukan Panel Pemilihan Calon Pengambilan Pelajar Baru Darul Quran Jakim. Selain itu, Kertas Makluman Pelaksanaan Sijil Asas Tahfiz al-Quran 2017 juga turut dibentangkan dalam mesyuarat kali ini.

Ahli-ahli Lembaga Darul Quran yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini ialah Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub@Zulkifli Bin Mohd Yusoff, S.S. Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Prof. Dato’ Dr Sidek Bin Baba, Prof. Madya Dr. Shamsul Jamili Bin Yeob, Prof. Dr. Wan Kamal Mujani, Encik Masri Bin Razali, Hajah Zawanah Binti Muhammad, Tuan Razali Bin Ariffin, En. Hassan Nudin Bin A. Hamid dan Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad selaku Setiausaha.

Turut hadir dalam Mesyuarat Lembaga ini ialah Pengarah Politeknik Shah Alam Haji Tajuddin Bin Abdul Rashid dan enam orang wakil dari Politeknik Shah Alam untuk membentangkan berkenaan Kertas Cadangan Permohonan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Bagi Menawarkan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-Politeknik (KPTM).

fb-0J0A5627

fb-0J0A5634

fb-0J0A5637

fb-0J0A5639

fb-0J0A5729

fb-0J0A5641

 

 

Semakan RAYUAN

semak1