Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kunjungan Hormat Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Darul Quran

Pada 30 Mac 2017 (Khamis), Darul Quran telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Delegasi ini diketuai oleh En. Izehari Bin Basar yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Pengurusan) bersama enam orang pegawai iaitu Ketua Sektor Pengurusan Dasar & Perkembangan Dr. Rahimah Binti Adam, Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Atas & Luar Negara En. Fauzi Bin Asirop, Ketua Penolong Pengarah Unit Agama Ustaz Khalid Bin Ahmad Dahlan, Penolong Pengarah Unit Agama Ustaz Nik Adnan Bin Nik Mat, Penolong Pengarah Unit PMR Ustaz Hapizi Bin Miskam dan Cik Farah Mona Binti Meor Ahmad selaku Penolong Pengarah Penyelidikan & Perkembangan.

Lawatan ini diadakan bertujuan:

1.  Menjalinkan hubungan mahabbah dengan Darul Quran sebagai kunjungan balas atas lawatan Darul Quran ke Lembaga Peperiksaan pada 17 Februari 2017.

2.  Cadangan KPM untuk mengeluarkan Sijil Khas Tahfiz kepada pelajar-pelajar sekolah SABK di bawah KPM yang mengikuti kurikulum aliran perdana dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018. Sijil ini sebagai satu nilai tambah kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran di peringkat tinggi dalam bidang ilmu Naqli dan Aqli.

3.  Perbincangan ini juga adalah untuk mendapatkan kerjasama agar sijil yang akan dikeluarkan ini diiktiraf.

Turut meraikan lawatan ini ialah Pengarah Dr. Haji Nordin Bin Ahmad, Pendaftar Ustazah Azizah Binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz serta pegawai-pegawai kanan Darul Quran. Pertemuan ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.

0J0A5744

0J0A5745

0J0A5749

0J0A5752

0J0A5755

0J0A5760