Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Bengkel Menanda Skrip Jawapan Peperiksaan Diploma

Seramai 46 orang pensyarah dari Darul Quran dan 12 orang pensyarah dari Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) telah menghadiri Bengkel Menanda Skrip Jawapan Peperiksaan Diploma Semester 2 & 4 Sesi 2016/2017 yang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini telah bermula pada 29 Mac 2017 dan berakhir pada 31 Mac 2017. Skrip-skrip jawapan yang disemak ialah skrip jawapan bertulis pelajar-pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Semester 2 & 4 Darul Quran dan MTQN yang telah menduduki peperiksaan bertulis secara serentak di seluruh Malaysia pada 13-17 Mac 2017.

Objektif bengkel ini diadakan ialah:

  1. Bagi memastikan penambahbaikan dan pemeliharaan taraf di dalam proses pengurusan peperiksaan di Darul Quran;
  2. Bagi melicinkan proses menanda skrip jawapan peperiksaan supaya sentiasa mencapai kualiti dan standard yang dihasratkan; dan
  3. Bagi mencapai salah satu piagam pelanggan Darul Quran iaitu mengumumkan keputusan peperiksaan empat minggu selepas tamat peperiksaan.

Pensyarah-pensyarah MTQN yang hadir dalam bengkel bagi sesi kali ini ialah dari MTQN Pahang, IQDAR Kedah, MTQN Perak, Institut Al-Quran Terengganu, MTQN Perlis, MTQ Masjid Saidina Ali Melaka, KITAB Pulau Pinang, MTQN Sabah dan IKMAS Sarawak.

DSC_1315

DSC_1316

DSC_1317

DSC_1319

DSC_1320

DSC_1322

DSC_1324

DSC_1326

DSC_1327

DSC_1328