Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

3,323 Calon Memohon Temuduga Diploma Tahfiz Al-Quran Bagi Tahun 2017

Darul Quran telah mengadakan sesi temuduga pengambilan pelajar baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran bagi sesi pengajian 2017-2020 bermula pada 3-7 April 2017. Pada tahun ini, Darul Quran telah menerima sebanyak 3,323 permohonan dan dari jumlah tersebut, seramai 1,288 orang calon sahaja yang layak ditemuduga di tiga pusat temuduga di seluruh Malaysia iaitu di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Kuching dan di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) Sabah, Kota Kinabalu. Dalam kalangan 1,288 orang pemohon ini, turut terdapat calon-calon dari luar negara iaitu dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Kemboja.

Sesi temuduga di pusat temuduga Darul Quran Kuala Kubu Bharu telah berjalan pada 3-7 April 2017. Manakala sesi temuduga di pusat temuduga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) Sabah telah berjalan pada 3 April 2017. Sesi temuduga ini merupakan syarat yang ditetapkan bagi melayakkan para pemohon memasuki Darul Quran yang mana mereka perlu melalui ujian lisan hafazan al-Quran serta ujian bertulis Tajwid dan Bahasa Arab.

Selain itu, mereka juga dinilai dalam pelbagai aspek seperti akademik yang melibatkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Syariah Islamiyah/Pendidikan Al-Quran & Sunnah di samping sahsiah serta minat. Semua perkara ini dinilai bagi menentukan kemampuan dan kelayakan mereka menceburi bidang tahfiz.

Keputusan temuduga akan dikeluarkan pada 20 April 2017 selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan bersidang dan Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran dijangka akan diadakan pada 2 Mei 2017.

1a

1

2

3

4

 

Semakan RAYUAN

semak1