Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Ujian Penilaian Sembelihan Sijil Kemahiran Malaysia (Skm) Dan Jamuan Ukhuwah Perdana

Dengan visi “melahirkan generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah”, Darul Quran Jakim melalui Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat telah melaksanakan ujian penilaian kepada perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid bagi unit kompetensi 5 dalam tajuk “Sembelihan” pada 8 April 2017. Program ini juga merupakan agenda wajib SKM yang melibatkan 24 orang perantis, seorang coach dan seorang pegawai penilai. Sebanyak 11 ekor kambing telah disediakan bagi menyempurnakan tugasan kompetensi “Sembelihan” ini.

Majlis bermula 8.15 pagi dengan sesi taklimat oleh coach yang bertugas iaitu Ustaz Muhammad Adam Bin Ab Rashid kepada perantis berkaitan adab-adab sembelihan serta petua-petua yang berkaitan dengan sembelihan. Setiap seekor kambing telah diuruskan oleh dua atau tiga orang perantis dan kesemua kambing-kambing tersebut berjaya disempurnakan mengikut syariat. Ujian tersebut juga turut disaksikan sendiri oleh Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad.

Kesemua binatang sembelihan telah dimasak oleh perantis SKM dan turut dibantu oleh kakitangan serta pelajar-pelajar Darul Quran bagi program-program pengajian yang lain. Menu yang dipilih bagi jamuan ukhuwah perdana ialah kari kambing, ayam masak merah, ikan patin asam pedas dan ikan talapia bakar yang diperolehi dari Tasik Huffaz Darul Quran.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pendaftar Darul Quran Ustazah Azizah Binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Haji Kamarul Saman Bin Yaacub serta pegawai dan kakitangan Darul Quran. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli keluarga kakitangan Darul Quran serta tetamu jemputan.

1

2

3

4

5

 

 

 

Semakan RAYUAN

semak1