Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

170 Orang Calon Menduduki Ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Tahun 2017

Seramai 170 orang calon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) daripada 200 permohonan bagi tahun 2017 telah hadir untuk mengambil ujian tersebut pada sesi tahun ini. Ujian ini telah diadakan pada 17 April 2017 dan diadakan secara berpusat di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Sesi ujian STM telah dimulakan dengan ujian Hifz Al-Quran Syafawi. Setiap calon akan disoal secara lisan sebanyak 10 soalan merangkumi 30 juzu’ al-Quran secara rawak. Di samping itu, ujian bertulis bagi soalan Hifz Al-Quran Tahriri serta Pengetahuan Agama Islam yang merangkumi komponen subjek Tajwid, Fiqh Ibadah dan Aqidah pula telah diadakan bermula pada jam 2:30 petang hingga 5:00 petang.

STM 2017 ini merupakan sesi ujian kali ke lapan yang diurusetiakan oleh Darul Quran sejak kali pertama ianya diperkenalkan pada tahun 2011. Ia diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengiktiraf individu-individu yang telah menghafaz 30 juzu’ al-Quran serta tidak memperolehi pengiktirafan dari mana-mana institusi. Ia juga bertujuan bagi mengelakkan sesetengah individu menyalahgunakan gelaran "Al-Hafiz" pada nama mereka.

Ketika ini, STM diterima pakai sebagai salah satu “dokumen sokongan” bagi permohonan Guru Tahfiz di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) yang ditawarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

0J0A5998

0J0A6005

DSC_1352

DSC_1353

DSC_1361

DSC_1365

DSC_1367