Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kunjungan Hormat Mengadap Duta Besar Republik Arab Mesir Ke Malaysia

Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat mengadap TYT Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Salah Mohi Eldin Elwassimy di Kediaman beliau pada 13 April 2017. Salah Mohi Eldin Elwassimy merupakan lulusan dalam bidang perdagangan dari Universiti Ain Shams dan jawatan terakhir beliau adalah Timbalan Penolong Menteri di Kementerian Luar di Kaherah.

Pertemuan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti dan program Unit Perhubungan Antarabangsa Darul Quran Jakim. Antara tujuan dan objektif pertemuan ini adalah untuk menghulurkan salam perkenalan TYT Duta Besar Mesir ke Malaysia serta memperkenalkan Darul Quran sebagai sebuah institusi tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Di samping itu, perbincangan kerjasama dengan pihak kedutaan berkaitan permohonan Darul Quran untuk mengadakan program kerjasama dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif (Twinning Programme 2+1), memohon kuota khusus untuk lepasan pelajar Darul Quran menyambung pengajian dalam bidang Ulum Islamiyah di Universiti al-Azhar dan memohon bahan bacaan serta rujukan yang dikeluarkan oleh Darul Ifta’, al-Azhar.

Jakim melalui Darul Quran juga mengambil kesempatan menjemput TYT Duta Besar Mesir untuk menghadiri Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa serta Majlis Konvokesyen Darul Quran yang akan pada bulan Mei dan Julai 2017.

Delegasi Darul Quran Jakim seramai sembilan orang ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Darul Quran Dr. Haji Nordin bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz Haji Mohamad Rahim Bin Mohammed Abdul Rahman, Pegawai Perhubungan Antarabangsa Ustaz Abada Tawfik al-Bahnasy dan Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Haji Kamarul Saman Bin Yaacub.

Selain itu, kunjungan hormat ini turut disertai oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat & Pengantarabangsaan Ustaz Mohd Najib Bin Abdul Ghapar, Haji Mohd Husni Bin Shafii selaku Penolong Pegawai Unit Perhubungan Antarabangsa serta dua orang pensyarah kontrak dari Mesir iaitu Syeikh Abdel Mohaimen Sayyid Aly Abdel Maged dan Ustaz Yaser Mohamed Abdou Mohamed El-Atabany. Kunjungan hormat ini berakhir selepas sesi bergambar dan penyampaian cenderamata antara kedua pihak.

1

2

3

4

5