Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Bengkel Pemantapan Ilmu Qiraat

Seramai 28 orang pensyarah-pensyarah Qiraat dari Darul Quran dan Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) dari seluruh Malaysia telah berkampung di Institut Tanah & Ukur Negara (INSTUN) untuk mengikuti Bengkel Pemantapan Ilmu Qiraat. Bengkel ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship Darul Quran dengan kerjasama Jabatan Pengajian Al-Quran & Qiraat Darul Quran.

Bengkel yang diadakan selama dua hari ini iaitu pada 19 & 20 April 2017 telah menggariskan tiga objektif yang hendak dicapai iaitu:

1.         Memantapkan ilmu qiraat kepada pensyarah Darul Quran dan MTQN;

2.         Melahirkan tenaga pakar dan pelapis dalam bidang Qiraat; dan

3.         Membolehkan antara pensyarah-pensyarah berkongsi kemahiran ilmu Qiraat antara satu sama lain.

Bengkel ini dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Abdel Mohaimen Sayyid Aly Abdel Maged, pensyarah kontrak dari Mesir yang juga merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran & Qiraat Darul Quran. Beliau telah mensyarahkan berkenaan perbezaan-perbezaan bacaan Imam Hafs menurut Toriq al-Syatibi dengan Toriq al-Nasyr. Bacaan Imam Hafs menurut Toriq al-Syatibi ini merupakan bacaan Qiraat umat Islam di Malaysia dan kebanyakan umat Islam di dunia.

Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad telah berkenan untuk merasmikan Majlis Penutupan Bengkel yang diadakan pada 20 April 2017 seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Beliau yang dalam ucapannya telah berkata pemantapan penguasaan dalam ilmu Qiraat ini penting bagi para pensyarah atas dasar peranan Darul Quran yang menjadi semakin besar. Antaranya Darul Quran telah dilantik menjadi Ketua Teras 5 dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang berkaitan dengan program pengiktirafan serta pensijilan, membantu Lajnah Tashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan sebagainya. Majlis berakhir selepas sesi bergambar dan minum petang.

DSC_1397

DSC_1404

DSC_1408

DSC_1420

DSC_1428

DSC_1422

DSC_1429

DSC_1431

DSC_1530

DSC_1531

DSC_1533

DSC_1545

DSC_1551

DSC_1563

DSC_1565

DSC_1568DSC_1569

DSC_1571

DSC_1578

DSC_1579

DSC_1581

DSC_1582

DSC_1589