Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Lawatan Little Caliph Ke Pusat Islam Darul Quran Jakim

Warga Darul Quran diceriakan dengan kehadiran seramai 80 orang pelajar dari Tadika Khalifah Mukmin (Little Caliphs Batang Kali) pada 20 April 2017. Rombongan tersebut yang diketuai oleh Pengetua Tadika Khalifah Mukmin, Puan Fazlina Binti Sazali serta 10 orang guru pengiring tiba pada jam 9:00 pagi di perkarangan Pusat Islam Darul Quran.

Penolong Pengarah Pusat Islam Darul Quran, Ustaz Muhammad Adam Bin Ab Rashid telah menyambut ketibaan rombongan seterusnya dibawa melihat beberapa kemudahan yang ada di sini. Atas permintaan daripada ketua rombongan, anak-anak peserta rombongan telah mendirikan Solat Sunat Dhuha dengan dipimpin oleh Penolong Pegawai Pusat Islam, Ustaz Mohd Razlan Bin Mohd Bakri. Sebelum itu, anak-anak ini telah diberikan taklimat ringkas sebelum memulakan solat sunat tersebut.

Para peserta kemudiaannya diberikan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Adam. Beliau mengingatkan para peserta agar mendalami ilmu agama dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi panduan dalam hidup di masa akan datang. Sebelum pulang, para peserta sempat dibawa melawat ke perpustakaan Darul Quran melihat dengan lebih dekat pameran mushaf dari pelbagai negara yang terdapat di sini. Warga Darul Quran amat berbesar hati apabila diceriakan dengan gelagat dan telatah adik-adik kecil yang bercita-cita besar untuk menjadi ulama’ di masa akan datang.

1

2

3

4