Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Persidangan Pengetua-Pengetua Mtqn Kali Ke-33 Di Marsah Johor

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan kali ke-33 telah berjaya diadakan pada 25 April 2017 bertempat di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Persidangan pada kali ini merupakan anjuran bersama antara Darul Quran Jakim dan MARSAH yang merupakan salah satu daripada 14 buah MTQN yang berkolaborasi dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran.

Objektif utama persidangan ini ialah:

  1. menyampaikan keputusan dasar yang diluluskan oleh Lembaga Darul Quran dan membincangkan langkah-langkah pelaksanaan dasar-dasar tersebut;
  2. menyelaraskan aktiviti akademik dan peperiksaan antara Darul Quran dan MTQN;
  3. sebagai saluran rasmi untuk menyampaikan pandangan dan cadangan-cadangan bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan Tahfiz al-Quran; dan
  4. merangka aktiviti untuk merapatkan hubungan antara Darul Quran dan MTQN sama ada di peringkat pengurusan, pensyarah atau pelajar.

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad. Sementara Yang Berhormat Tuan Haji Abd Mutalip Bin Abd Rahim selaku Exco Agama Negei Johor telah berkenan menyempurnakan majlis perasmian sehari sebelum itu. Majlis perasmian ini telah diadakan di Hotel M Suites, Johor Bahru. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Haji Paimuzi Bin Yahya.

Persidangan kali ini telah membahaskan tujuh kertas cadangan dan tujuh kertas makluman melibatkan kertas-kertas berikut:

  1. Kertas Cadangan Pelaksanaan Program Sangkutan Pensyarah Dan Pertukaran Pelajar Darul Quran dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri;
  2. Kertas Cadangan Memperkukuhkan Hafazan Dan Strategi Mempertingkatkan Hafazan Pelajar Darul Quran Dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN);
  3. Kertas Cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Markah Berterusan Bagi Subjek Al-Quran Syafawi Dan Tahriri;
  4. Kertas Cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Markah Berterusan Bagi Kursus-Kursus (Bukan Maddah Hafazan Al-Quran) Program Diploma Tahfiz Darul Quran Jakim;
  5. Kertas Cadangan Pelaksanaan Bakti Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 2017;
  6. Kertas Cadangan Pelaksanaan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 2017;
  7. Kertas Cadangan Penubuhan Kelab Sahabat YADIM;
  8. Kertas Makluman Laporan Keputusan Peperiksaan Diploma Semester 4 Dan 6 Darul Quran Jakim Bagi Sesi Februari Tahun 2017;
  9. Kertas Makluman Keputusan Mesyuarat Lembaga Darul Quran Jakim Kali Ke-31;
  10. Kertas Makluman Resolusi Simposium Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Sempena Sambutan Jubli Emas Darul Quran Jakim;
  11. Kertas Makluman Dasar Pendidikan Tahfiz Negara: Peranan dan Tanggungjawab Darul Quran Jakim;
  12. Kertas Makluman Pelaksanaan Kursus Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran Dan MTQN Dengan Kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris;
  13. Kertas Makluman Laporan Penaziran Akademik Siri 1 2017; dan
  14. Kertas Makluman Pelaksanaan MQA di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri.

fb-0J0A6073

fb-0J0A6091

fb-0J0A6094

fb-0J0A6099

fb-0J0A6115

fb-0J0A6126

fb-0J0A6130

fb-0J0A6143

fb-0J0A6150

fb-0J0A6146

fb-0J0A6163

fb-0J0A6170

fb-0J0A6167

fb-0J0A6160