Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Lawatan Ke Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau

Ahli Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan telah mengadakan lawatan ke Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia pada 26 April 2017. Lawatan ini merupakan salah satu agenda yang telah dirancang sempena persidangan kali ke-33 yang diadakan di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

Delegasi pengetua ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Darul Quran Dr. Haji Nordin Bin Ahmad dan para pengetua Maahad Tahfiz Quran Negeri. Antara tujuan lawatan ini ialah:

1. Diskusi Hala Tuju Huffaz dan Pemerkasaan Sistem Pendidikan Tinggi Tahfiz al-Quran bersama Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia;

2. Mengeratkan silaturrahim antara dua negara serumpun di samping mengkaji dan berkongsi pengetahuan sebagai elemen pengukuhan pelaksanaan sistem tahfiz al-Quran di Indonesia; dan

3. Meningkat dan menjalinkan hubungan strategik yang baik dengan Kementerian Agama, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.

Semasa pertemuan dengan Kementerian Agama, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia delegasi pengetua telah diberikan taklimat oleh Kepala Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau, H. Marwin Jamal mengenai dalam bidang pendidikan tahfiz al-Quran dan dakwah di Pulau Batam. Di wilayah Batam juga terdapat 42 pondok pesantren yang terdiri dari pesantren moden dan tradisional.

Selain lawatan tersebut, delegasi pengetua turut melawat Yayasan Pusat Pembinaan dan Pengembangan al-Quran “Quran Center”. Rombongan ini, telah disambut oleh H.Mahadi Rahman SQ,M.Pd.I selaku Ketua Umum “Quran Center”. Semasa taklimat beliau menjelaskan idea penubuhan “Quran Center” adalah daripada para qari dan qariah dan hafizah-hafizah antaranya Drs. H. Ismeeth Abdullah. Pendidikan yang ditawarkan di “Quran Center” bermula dari peringkat rendah sehinggalah peringkat pengajian tinggi. Di samping itu, “Quran Center” mempunyai sebuah madrasah tahfiz yang terletak di Pulau Nyior. Kunjungan hormat ini berakhir selepas sesi bergambar dan penyampaian cenderamata antara kedua pihak.

1

2

3

4