Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2017-2020

Seramai 250 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2017-2020 yang diadakan pada 2 Mei 2017 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Haji Paimuzi Bin Yahya selaku Pengerusi Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mewakili Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menasihatkan kepada pelajar-pelajar baru agar menterjemahkan rasa syukur atas pemilihan ini dengan keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh hingga menjadi generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu serta bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah. Di samping itu, beliau juga telah mengingatkan kepada pelajar-pelajar berkenaan nasihat Imam Syafie tentang enam perkara yang perlu ada pada penutut ilmu iaitu kecerdasan, semangat, bersungguh-sungguh, mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, petunjuk guru yang mursyid dan memerlukan tempoh masa yang panjang.

Majlis berakhir selepas bacaan ikrar oleh pelajar baru dan acara turun temurun dalam majlis pendaftaran iaitu sesi penyerahan pelajar baru oleh ibu bapa kepada Darul Quran Jakim. Sebagai suatu simbolik yang menunjukkan bahawa ibu bapa menyerahkan amanah untuk Darul Quran membimbing serta mendidik anak-anak mereka. Para pelajar baru juga turut dihadiahkan dengan mushaf al-Quran yang ditaja oleh Yayasan Muslimin Malaysia Berhad dalam acara tersebut.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Amanah Yayasan Muslimin Malaysia Berhad, Ustaz Md Zaki Bin Ab Manan dan ahli-ahli lembaga Amanah Yayasan Muslimin Malaysia Berhad.

fb-0J0A6435

fb-0J0A6431

fb-0J0A6425

0J0A6535

0J0A6552

0J0A6607