Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz Al-Quran

Unit Kompetensi & Internship Darul Quran Jakim dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran pada 3 hingga 4 Mei 2017. Antara tujuan penganjuran kursus ini ialah untuk menambahbaik mutu penyampaian pengajaran dan pembelajaran para pensyarah serta mendedahkan metod-metod hafazan al-Quran yang berkesan kepada mereka.

Seramai 32 orang pensyarah tahfiz dari Darul Quran serta Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini. Sementara penceramah jemputan bagi kursus ini ialah Dr. Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah al-Hafiz dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Dr. Mohamad Marzuqi Bin Abdul Rahim al-Hafiz dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kursus yang dianjurkan secara tahunan ini turut mendedahkan berkenaan alat bantu mengajar (ABM) yang dapat membantu para pensyarah di dalam kelas hafazan. Para pensyarah turut berkongsi pengalaman semasa sesi perbincangan dengan penceramah kursus. Para peserta amat teruja apabila dapat menggunakan aplikasi ‘Plikers’ dan ‘Quizizz’ yang memudahkan sesi penilaian pelajar.

Rata-rata peserta menyatakan rasa berpuas hati apabila ditanya tentang penganjuran kursus ini kerana banyak kaedah serta teknik hafazan baru yang dapat dipelajari dan dikongsi bersama dengan peserta yang lain.

2

3

4

4a

4b

5