Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz 2017/1438

Seramai 122 orang pelajar semester akhir program Pensijilan Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang telah diadakan di Dewan Muktamar. Dari 122 orang tersebut, 86 orang pelajar merupakan pelajar Pensijilan Tahfiz Jakim-UIAM dan 36 orang pelajar merupakan pelajar Program Pensijilan Tahfiz Jakim-UNITEN. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Datuk Haji Zainal Abidin Bin Jaffar yang mewakili Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

Majlis telah dimulakan dengan perarakan pelajar bersama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim serta dif-dif jemputan lain yang berarak dari lobi pentadbiran ke Dewan Muktamar. Majlis juga turut diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh pelajar 68 orang pelajar banin dengan dipimpin oleh Imam Muda Megat Mohd Zaid Bin Megat Azmuddin, Ustaz Muhammad Nazim Bin Siham dan Ustaz Ahmad Aizuddin Bin Mohd Kamal.

Datuk Haji Zainal Abidin yang diiringi oleh Pengarah Darul Quran Dr. Haji Nordin Bin Ahmad telah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada saudara Muzammil Bin Mohd Zuki dan saudari Fathiah Binti Ahmad Fuad. Beliau juga turut menyampaikan Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang kepada Imam Muda Megat Mohd Zaid Bin Megat Azmuddin dan Ustazah Nabilah Binti Arshad serta sijil khatam kepada 122 orang pelajar.

Turut hadir meraikan majlis ialah Dekan Kolej Pengajian Asasi dan Diploma UIAM, Prof. Madya Dr. Shamsul Jamili Bin Yeop, Dekan Kolej Pengajian Asas dan Diploma UNITEN Prof. Dr. Abu Bakar bin Musa, wakil-wakil pengarah Bahagian Jakim, pengetua-pengetua sekolah sekitar Hulu Selangor, ibu bapa, para pensyarah serta pegawai dan kakitangan Darul Quran Jakim.

e-0J0A7749

e-0J0A7769

e-0J0A7779

e-0J0A7825