Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jakim Dengan IIUM Dan UTeM

Bagi kelangsungan pemerkasaan program menghuffazkan golongan profesional, Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dengan International Islamic University Malaysia (IIUM) Dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majlis ini telah diadakan pada 23 Mei 2017 bertempat di Dewan Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Yang Berhormat Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, telah berkenan memberikan ucapan perasmian seterusnya menyempurnakan majlis tersebut. Beliau yang dalam ucapannya telah menyatakan hasrat kerajaan untuk melahirkan 125,000 penghafaz al-Quran yang menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bidang profesional seperti kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan, perbankan, arkitek, pentadbir kerajaan dan lain0lain menjelang tahun 2050.

Bagi kerjasama antara Darul Quran dengan IIUM, dokumen memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh Dekan Pusat Asasi IIUM, Prof. Madya. Dr. Shamsul Jamili Bin Yeob dengan disaksikan oleh Rektor IIUM, Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Binti Kamaruddin. Bagi kerjasama antara Darul Quran dengan UteM pula, dokumen memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh Dekan UteM dengan disaksikan oleh Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib. Di pihak Jakim pula, kedua-dua dokumen memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Rektor Perancangan & Akademik IIUM, Profesor Dr. Isarji Bin Haji Sarudin, Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC) IIUM, Prof. Dato’ Dr. Sidek Bin Baba merangkap Ahli Lembaga Darul Quran, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Datuk Haji Zainal Abidin Bin Jaffar, pegawai-pegawai Darul Quran, IIUM dan UTeM serta rakan-rakan media.

0J0A8673

0J0A8691

0J0A8717

0J0A8733

0J0A8751

0J0A8754