Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Lawatan Mahabbah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan UKM Ke Darul Quran Jakim

Darul Quran telah menerima kunjungan dari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Delegasi UKM ini telah disertai oleh empat orang pensyarah dan 10 orang pelajar yang antaranya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran.

Objektif utama kunjungan ini diadakan bertujuan mempromosikan Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan kepada pelajar-pelajar Program Diploma Syukbah Dakwah Darul Quran memandangkan kebiasaannya graduan Diploma Darul Quran akan memilih untuk menyambung pengajian ke Jabatan Pengajian Al-Quran & Sunnah UKM. Sedangkan graduan Diploma Darul Quran juga diterima di Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan serta jabatan-jabatan pengajian lain.

Delegasi pelawat telah diketuai oleh Ketua Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Dr. Rosmawati Binti Mohamad Rasit. Diikuti oleh Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah serta dua orang pensyarah kanan, Dr. Zulkefli Aini dan Dr. Ahmad Irdha Mokhtar. Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad telah berkenan mempengerusikan pertemuan antara kedua pihak.

Antara agenda lain yang dibincangkan dalam pertemuan kedua pihak ini ialah berkenaan pemindahan jam kredit graduan Darul Quran dan kerjasama dalam penerbitan jurnal. Sementara bagi pelajar-pelajar Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan UKM pula telah diadakan sesi pertemuan bersama pelajar-pelajar tahun dua dan tiga Program Diploma Syukbah Dakwah Darul Quran supaya pelajar-pelajar Darul Quran mendapat gambaran berkenaan pengajian Dakwah di UKM.

0J0A8810

0J0A8814

0J0A8815

0J0A8819

0J0A8826

0J0A8827

0J0A8828

0J0A8832

0J0A8834