Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Ahli-Ahli Lembaga Darul Quran Bersidang Kali Ke-32

Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-32 telah bersidang pada 19 Julai 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha. Dalam ucapan aluannya Tan Sri Dato’ Pengerusi telah memaklumkan berkenaan perlantikan ahli Lembaga Darul Quran yang baru, antaranya Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Datuk Haji Zainal Abidin Bin Jaffar, yang menggantikan Haji Paimuzi Bin Yahya yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Selain itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad yang menggantikan Hajah Norhayati Binti Isa yang telah bersara pada 29 Jun 2017 dan Prof. Dr. Isarji Bin Haji Sarudin selaku Timbalan Rektor (Akademik dan Perancangan) International Islamic University Malaysia (IIUM) yang menggantikan Prof. Dr. Torla Bin Haji Hassan.

Tan Sri Dato’ Pengerusi juga turut berkongsi maklumat berkaitan status penubuhan Institut al-Quran dan al-Hadith (IQH) yang mana pada dasarnya penubuhan IQH telah dipersetujui dalam Mesyuarat MAIWP pada 19 Jun 2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B). Oleh yang demikian, IQH akan diletakkan sebagai salah sebuah pusat pengajian di bawah Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) sehingga Universiti MAIWP ditubuhkan.

Mesyuarat Lembaga pada kali ini telah membincangkan berkenaan tiga kertas cadangan iaitu Kertas Cadangan Perakuan Keputusan Peperiksaan Semester Akhir Program Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-IIUM, Kertas Cadangan Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-26 Tahun 2017, dan Kertas Cadangan Pertukaran Proforma Kursus Aqidah PTU 1132 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-IIUM. Selain itu, terdapat tiga kertas makluman yang telah dibentangkan iaitu Kertas Makluman Implikasi Pelaksanaan MQA Di Darul Quran ke Atas Maahad Tahfiz al-Quran Negeri dan Institusi Yang Bekerjasama dengan Darul Quran, Kertas Makluman Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-26 dan Kertas Makluman Pelaksanaan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2017.

Ahli-ahli Lembaga Darul Quran yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini ialah, Prof. Dr. Wan Kamal Mujani, Encik Masri Bin Razali, Tuan Razali Bin Ariffin, Prof. Madya Dr. Shamsul Jamili Bin Yeob, En. Hassan Nudin Bin A. Hamid, Prof. Madya Dr. Adnan Bin Mohamed Yusoff dan Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin Bin Ahmad selaku Setiausaha.

0J0A9719

0J0A9722

0J0A9725

0J0A9740

0J0A9745