Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Kunjungan Kedua KPM Ke Darul Quran Jakim

Darul Quran telah menerima kunjungan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 20 Julai 2017. Lawatan ini merupakan kunjungan kedua dari pihak KPM kerana pada 30 Mac yang lalu, Darul Quran juga telah menerima kunjungan dari Lembaga Peperiksaan KPM yang diketuai oleh En. Izehari Bin Basar yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Pengurusan) bersama enam orang pegawai Lembaga Peperiksaan KPM.

Pada kunjugan kali ini, lima lagi bahagian dari KPM selain Lembaga Peperiksaan turut hadir bersama iaitu Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Timbalan Pengarah Pengurusan Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Islam telah bertindak, Encik Hassan Nudin Bin A. Hamid telah bertindak selaku ketua delegasi.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah ialah sebagai penanda aras untuk melihat pelaksanaan pengurusan program Diploma Tahfiz Al-Quran bagi persediaan laluan pengajian untuk murid lepasan SPM yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di sekolah-sekolah agama KPM memandangkan calon-calon murid KBT bagi kohort yang pertama akan menduduki SPM pada 2018. Bagi mencapai tujuan tersebut, pihak KPM telah menyatakan hasrat untuk:

i. memohon kuota pelajar KBT bagi mengambung pengajian dalam Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim;

ii. mengangkat Sijil Tahfiz KPM setaraf dengan Sijil Tahfiz Malaysia Darul Quran Jakim; dan

iii. melibatkan pelajar KBT untuk mengambil sijil yang dianjurkan oleh Darul Quran Jakim.

Turut meraikan lawatan ini ialah Pengarah Dr. Haji Nordin Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Akademik Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Akademik serta pegawai-pegawai kanan Darul Quran. Pertemuan ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.

0J0A9781

0J0A9782

0J0A9784

0J0A9786

0J0A9788

0J0A9788

0J0A9790

0J0A9814

0J0A9825