Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-26 Dirasmikan Oleh Dato’ Asyraf Wajdi

Seramai 615 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran telah bergraduasi dalam sidang yang berlangsung pada 5 Ogos 2017. Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang itu telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-26 ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. YB Dato’ juga turut sudi menyampaikan penganugerahan dalam sidang yang pertama kepada enam kategori iaitu:

i. Anugerah Kecemerlangan Institusi                     

: Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang

ii. Anugerah Khas                                                  

: Ahmad Danial Bin Mohd Sani

: Nur Amirah Binti Azali

: Ahmad Zahiruddin Bin Zailani

iii. Anugerah Kecemerlangan Hafazan al-Quran  

: Amir Hambali Bin Amir Hamzah

: Nurul Amirah Binti Mohd Azman

iv. Anugerah Pengerusi Lembaga Darul Quran    

: Asma Binti Muhammad Zakaria

: Maisarah Binti Omar

: Mohammad Izzuddin Bin Nan

: Muhammad Fikri Nazim Bin Nurul Huda

: Nur Azizah Binti Salam Indra

: Zuhaili Binti Kamarudin

v. Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri

: Nur Izzati Binti Fadzli

: Hazmi Hisyam Bin Zakaria

: Nurul Husna Binti Zainal Abidin

: Suhaimi Bin Hasyim

: Fathiah Binti Ahmad Fuad

: Muhammad Asymam Bin Mohd Azmi

vi. Anugerah Perdana Menteri                               

: Muhammad Syarifulhuda B Mohd Azeri

: Nor Karimah Binti Marwan

Lain-lain sijil dan Diploma telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha dalam sidang yang kedua. Berikut merupakan pecahan bilangan graduan berdasarkan program pengajian yang dijalankan di Darul Quran:

i.        436 orang graduan Program Diploma Tahfiz al-Quran;

ii.       86 orang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM;

iii.      36 orang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN;

iv.      34 orang penerima Sijil Tamat Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ;

v.       Tiga orang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran OKUMP (Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan); dan

vi.      20 orang graduan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid.

Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-26 juga merupakan majlis istiadat kali pertama bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 dengan 20 orang graduan Program SKM yang akan bergraduasi ini merupakan perintis serta perantis kohort yang pertama program ini. Selain itu, Darul Quran turut mengambil kesempatan dalam majlis istiadat ini untuk menyampaikan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) kepada 33 orang penerima STM Pangkat Mumtaz bagi calon yang menduduki ujian pada tahun 2016 dan 2017.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Naib Canselor UNITEN, Dato’ Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Encik Nidzam Bin Kamarulzaman, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam, Dato’ Seri Setia Haji Abdul Aziz Bin Orang Kaya Maharajalela Haji Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jakim, Encik Masri Bin Razali, Ahli-Ahli Lembaga Darul Quran, Ahli-Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran dan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN).

1

2

3

4

5

6

7

8

Koleksi Foto Sekitar Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim di facebook rasmi Darul Quran Jakim.