Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Ihtifal Huffaz Kali Ke-6 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Telah Melabuhkan Tirai

Setelah lima hari seluruh kontinjen Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri berkampung di kampus Darul Quran Jakim, Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2017 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Jakim akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 5 Ogos 2017. Majlis penutup yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Hajah Zawanah Binti Muhammad

Dalam ucapannya beliau telah menegaskan bahawa kerajaan tidak mahu melahirkan pelajar-pelajar yang hanya mahir dalam menghafaz teks-teks al-Quran tetapi dipandang lekeh dan rendah kerana dianggap tidak tahu berinteraksi dengan masyarakat serta tidak mampu melaksanakan perkara-perkara yang lain. Kerajaan juga tidak mahu melahirkan pelajar-pelajar yang hanya aktif dalam pengurusan persatuan, aktiviti bukan akademik dan sebagainya namun amat lemah dalam pencapaian akademiknya terutama hafazan al-Quran. Dalam ucapannya juga, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada wakil agensi-agensi kerajaan dan para peniaga yang turut sama mengambil bahagian dalam memeriahkan pameran serta gerai jualan bagi ekspo pada tahun ini.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pendaftar dan Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran serta pengetua-pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri.

Keputusan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2017:

Kontinjen Terbaik

Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

 

Ihtifal Ilmi

1. Darul Quran

2. Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang

3. Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR), Kedah

4. Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)

Kejohanan Sukan

1. Darul Quran

2. Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang

3. Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR), Kedah

4. Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)

Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2017 

1. Darul Quran

2. Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang

3. Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR), Kedah

4. Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)

fb-0J0A2554

fb-0J0A2565

fb-0J0A2632

fb-0J0A2675fb-0J0A2690

fb-0J0A2732

fb-0J0A2759

fb-0J0A2777