Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran

Seramai 18 orang pensyarah Darul Quran Jakim dan Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) telah dianugerahkan sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran yang telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Kursus yang telah dilaksanakan pada 10-25 Oktober 2016 ini melibatkan beberapa komponen pemarkahan seperti komitmen kelas, kerja kursus individu, kerja kursus berkumpulan dan dua sesi pencerapan. Segala keputusan pemarkahan pula akan dinilai dalam Mesyuarat Perbentangan Laporan Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran yang dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin bin Ahmad sebelum para peserta kursus disahkan layak menerima sijil.

Penyerahan sijil-sijil penyertaan ini telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI, Profesor Dr. Mohd Sahandri Gani bin Hamzah. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik UPSI, Profesor Madya Dr. Syakirah Binti Samsudin, pegawai-pegawai kanan serta para pensyarah dari Darul Quran dan UPSI. Profesor Dr. Mohd Sahandri Gani turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ustaz Mohd Aishamudin bin Samsungei yang telah dinobatkan sebagai peserta terbaik kursus.

Berikut merupakan nama-nama peserta Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran 2016:

1. Ustaz Othman bin Muda – Pensyarah Darul Quran Jakim

2. Ustaz Mohd Abdul Rauf bin Sidek – Pensyarah Darul Quran Jakim

3. Ustaz Ahmad Fuat bin Jamil – Pensyarah Darul Quran Jakim

4. Ustaz Mohammad Zaki bin Ibrahim – Pensyarah Darul Quran Jakim

5. Ustaz Mohd Najib bin Abdul Ghapar – Pensyarah Darul Quran Jakim

6. Ustaz Ahmad Dasuki bin Hashim – Pensyarah Darul Quran Jakim

7. Ustaz Khairul Anuwar bin Mustaffa – Pensyarah Darul Quran Jakim

8. Ustaz Mohd Lutfi bin Jamel – Pensyarah Darul Quran Jakim

9. Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman – Pensyarah Darul Quran Jakim

10. Ustaz Muhammad Saoki Dalor bin Abdul Rahman – Pensyarah Darul Quran Jakim

11. Ustaz Ikmal Shukri bin Zulkifli – Pensyarah Darul Quran Jakim

12. Ustaz Mohd Aishamudin bin Samsungei – Pensyarah Darul Quran Jakim

13. Ustaz Raja Zulfadhli bin Raja Musa – Pensyarah Maahad Tahfiz al-Quran ADDIN

14. Ustaz Mohamad Firdaus bin Mohamad Tarmizi - Pensyarah MTQN Perak

15. Ustaz Suhaidi bin Kuanting – Pensyarah Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

16. Ustaz Zukhilatiff bin Marzukhi – Pensyarah Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR)

17. Ustaz Syed Azri bin Syed Azmi – Pensyarah MTQN Pahang

18. Ustaz Asmazawawi bin Mohamed – MTQN Majlis Agama Islam Kelantan

0J0A3292

0J0A3290

0J0A3293

0J0A3311

0J0A3311

0J0A3345

0J0A3361

0J0A3371

0J0A3380

0J0A3389

0J0A3432