Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

35 Graduan Diploma Darul Quran Mendaftar Program Ijazah Usim-DQ

Darul Quran telah menerima seramai 35 orang mahasiswa baru bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Quran & Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul Quran bagi sesi akademik 2017-2020. Pengambilan pada sesi kali ini melibatkan 16 orang siswa dan 19 orang siswi dalam kalangan graduan Diploma Darul Quran Jakim yang baru berkonvokesyen pada 5 Ogos 2017. Kesemua siswa siswi ini telah diraikan pada Majlis Sambutan Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ Sesi Akademik 2017/2018 pada 11 September 2017 dan majlis ini telah dirasmikan oleh Pendaftar Darul Quran, Hajah Azizah Binti Che Hassan.

Dalam ucapan perasmiannya, Hajah Azizah telah mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Quran dan Sunnah dengan kerjasama Darul Quran bersama USIM. Beliau turut menggesa kepada siswa siswi baru agar memberi sepenuh komitmen sepanjang pengajian di Darul Quran di samping terus konsisten dalam mengekalkan hafazan.

Program kerjasama antara USIM dan Darul Quran ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009 dan enam kohort telah pun bergraduasi sejak program ini diperkenalkan. Pelajar-pelajar yang diterima untuk mengikuti program ini mestilah terdiri daripada bekas graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat sama ada belajar di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu mahupun di Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri. Ketika ini, seramai 206 orang graduan telah dihasilkan melalui program ini.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar yang dilafazkan oleh siswa siswi baru yang diketuai oleh saudara Mohammad Sayuti Bin Idris seterusnya jamuan makan. Para siswa siswi baru ini akan mengikuti program Transformasi Kecemerlangan Minda (TRANSKEM) yang akan dijalankan bermula 11 hingga 13 September 2017.

0J0A3892

0J0A3895

0J0A3905

0J0A3912

0J0A3914

0J0A3917