Malay Arabic English
Logoa_DQ_2014

Ucapan Pengarah

 

Dr.NordinAssalamualaikum

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke laman web Darul Quran.

Laman web ini dijayakan dengan konsep yang bersifat interaktif, informatif dan mesra pengguna, selaras dengan objektif untuk menyampaikan apa jua maklumat berkaitan Darul Quran. Saya berharap ianya memenuhi keperluan masyarakat agar Darul Quran dapat dirasai kewujudannya sebagai sebuah institusi yang berdaya saing. Hasrat ini diterjemahkan melalui penyaluran maklumat-maklumat yang kontemporari berserta perkongsian ilmu yang pelbagai oleh pensyarah-pensyarah Darul Quran. Jaringan yang ingin diwujudkan ini akan menjadi pemangkin yang memberi perspektif baharu bagi dunia huffaz agar lebih dikenali oleh masyarakat terutama yang memerlukan maklumat dalam bidang al-Quran.

Harapan saya agar laman web ini memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar Darul Quran sendiri, selaras dengan kehendak Standard ISO 9001:2008 yang mengutamakan perkhidmatan pelanggan. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Akhir kata, selamat melayari laman web ini, semoga saluran alternatif ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan memberi penerangan yang berkesan kepada saudara saudari sekalian. Insya Allah.

DR. NORDIN BIN AHMAD


Semakan RAYUAN

semak1