|
Darul Quran beriltizam untuk melahirkan para huffaz dan du'at yang
berkemahiran dalam bidang Al-Quran, berwibawa dab berketerampilan
melalui program diploma Tahfiz Al-Quran dalam kerangka membina ummah
yang berkualiti.
Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz Al-Quran dijalankan mengikut sistem
semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang
mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:
1. Kursus teras
Darul Quran
- Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi
memenuhi keperluan
pengajian Darul Quran.
2. Kursus Umum Pengajian Islam
- Kursus ini wajib ke atas semua pelajar dan
dikehendaki lulus untuk layak
menerima Diploma.
3. Kursus Syukbah
- Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar
dikehendaki mencapai
tahap kemahiran yang cukup dalam kursus
yang ditawarkan. Buat masa
ini tiga syukbah ditawarkan iaitu:
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah
Semua program, peraturan dan pengurusan akademik yang dijalankan di
Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul
Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM).
Yuran Pengajian dan Biasiswa
Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang
memerlukan.
Prospek
Pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran, Darul Quran layak memasuki
perkhidmatan awam atau swasta sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik
atau pendakwah atau imam atau lain-lain bidang yang memerlukan tahap
profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.
Pengiktirafan
Diploma Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan
universiti dalam dan luar Negara, khususnya di Timur Tengah. Graduan
daripada Darul Quran berpeluang mengikuti program Ijazah Pertama di
pusat-pusat pengajian tinggi antaranya:
• Maahad Qiraat, Al-Azhar Al-Syariff
• Universiti Malaya
• Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
• Kolej Universiti Islam Malaysia
• Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau,
Sumatera
Indonesia
Kelayakan Masuk
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti
berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian
dalam:
i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan
Syariah
iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Komunikas
iv) Lulus Bahasa Inggeris
atau
v) Lulus temuduga
MUAT TURUN Borang Permohonan
Diploma 2008 |