e-mel JAKIM :Terma Perkhidmatan ================================== Perkhidmatan e-mel ini disediakan kepada semua warga JAKIM tertakluk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 1/2003 MAMPU. Sehubungan dengan itu, semua pengguna adalah tertakluk kepada terma-terma perkhidmatan tersebut yang boleh dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa tanpa notis kepada pengguna. Pengguna akan menerima katalaluan dan akaun setelah membuat permohonan dan disokong oleh Pengarah Bahagian/Cawangan/Unit masing-masing. Pengguna adalah bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan katalaluan atau akaun masing-masing pada setiap masa. Pengguna perlu memaklumkan segera kepada teknikal@islam.gov.my sekiranya wujud sebarang kebocoran, penyalahgunaan atau penyamaran katalaluan, akau atau sebarang pelanggaran keselamatan. Sila pastikan anda "logout" dari akaun pada akhir setiap sesi. Pengguna mengetahui bahawa pihak Jabatan ada melakukan pemantauan atas e-mel yang melalui sistem e-mel jabatan serta penggunaannya pada setiap masa dan menapis atau menyekat e-mel yang tidak dibenarkan; seperti pornografi, ber-virus dan spam. Pengguna bersetuju di bawah sebarang keadaan dan tanpa notis, JAKIM berhak menamatkan sebarang akaun dan capaian ke atas sistem e-mel sekiranya berlaku penyalahgunaan dan pelanggaran terma-terma perkhidmatan. Ini bagi menjamin kebolehsediaan pada setiap masa dan kelancaran serta keselamatan sistem e-mel jabatan sentiasa terjamin. Dengan menggunakan (Login) kepada sistem e-mel JAKIM ini, bermakna anda telah bersetuju dengan terma-terma perkhidmatan diatas. Pengguna e-mel JAKIM mesti memastikan e-mel yang tidak diperlukan lagi dipadam daripada INBOX anda. Pengguna mesti mengelakkan mengirim/menerima e-mel kepada/daripada alamat e-mel yang tidak dapat dipastikan atau tidak dikenali
@islam.gov.my
disediakan oleh
Post Master