18 Januari 2021 – Seperti yang telah dijadualkan, Darul Quran telah menjalankan sesi temu duga pengambilan pelajar baharu bagi Program Sijil Asas Tahfiz Tahun 2021.
9 Disember 2020 – Darul Quran salah satu daripada tiga Bahagian di bawah Sektor Operasi JAKIM yang diamanahkan untuk menyampaikan taklimat kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini. Sesi taklimat ini telah diadakan di Pejabat YB Menteri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.
26 November 2020 - Sebagaimana kelaziman pada setiap kali memulakan semester, Darul Quran akan menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkenaan akademik kepada Lokasi-Lokasi Tambahan DQ (LTDQ).
Darul Quran telah berjaya memperbaharui pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 (Syariah Compliance) dari SIRIM yang berkuatkuasa sehingga Tahun 2023. Tempoh pensijilan ini berjaya diperbaharui apabila selesai Audit Pensijilan Semula oleh panel SIRIM yang telah diadakan di Darul Quran pada 16-19 Jun 2020 yang lalu.
3 Oktober 2020 – Seramai 80 graduan sulung Kursus Perawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran telah diraikan dalam majlis pengijazahan pada hari ini. Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa' Sesi 2020 Dan Majlis Penganugerahan Darul Quran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
14 Ogos 2020 – Sebagaimana sedia maklum pada tahun 2020 ini dunia telah diserang dengan virus Covid-19. Justeru bagi mengekang penularan wabak ini daripada terus mereka, maka Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Pembangunan Sahsiah Huffaz yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran. Program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam norma baharu.
13 Ogos 2020 - Bumi barakah Darul Quran amat berbesar hati menerima kunjungan Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM yang baharu selepas pelantikan beliau pada awal bulan Julai yang lalu.
12 Ogos 2020 - Hari ini telah selesai Kursus Mobile Journalist yang dilaksanakan selama tiga hari dua malam bermula pada 10 Ogos 2020 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran.
Pada 11 Jun 2020, Seksyen Kemasukan, Biasiswa & Graduasi Darul Quran telah mengadakan sesi taklimat kepada panel-panel Temu Duga Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi sesi 2020-2023 mengikut kebiasaan baharu.
KUALA KUBU BHARU – 30 orang pelajar DQ dari Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah DQ-USIM, Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM serta Program Sijil Kemahiran Malaysia telah selamat dihantar pulang ke kampung masing-masing. Proses penghantaran ini telah bermula pada 1 sehingga 15 Mei 2020.
Sebagai langkah kawalan jangkitan virus Covid-19, pada 19 Mac 2020, DQ telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara intensif di beberapa kawasan kampus. Tugasan pembersihan ini telah dijalankan oleh para pekerja daripada syarikat pembersihan DQ. Antara kawasan yang terlibat ialah kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti di kawasan pejabat, Pusat Islam, kafeteria serta kolej kediaman pelajar.
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dan saranan Kerajaan untuk “bekerja dari rumah”, DQ telah meminda Bengkel Menanda Skrip Jawapan Peperiksaan Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 24-26 Mac 2020 bertempat di ILIM Bangi kepada tugasan individu setiap pensyarah ketika bertugas di rumah. Biarpun secara rasminya pejabat ditutup, namun beberapa tugasan terutama yang melibatkan pelajar selaku pelanggan DQ tetap dilaksanakan dengan jayanya.
Sebagai sebuah institusi tahfiz yang tersohor dalam Negara, Darul Quran sering dikunjungi oleh para tetamu sama ada dari dalam dan luar negara. Pada 20 Februari 2020, DQ telah menerima kunjungan daripada dua orang wakil Sekolah Tinggi Ilmu Ushuluddin (STIU) Al-Mujtama’ Pamekasan Indonesia iaitu Dr. Akhmad Rofi’i Damyati dan Ustaz Saari Saat Yusuf.
Kuala Kubu Baharu: Darul Quran JAKIM telah menerima kunjungan tiga orang pegawai Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 20 Februari 2020. Kunjungan ini diadakan adalah sempena pelantikan Pengarah Darul Qur'an yang baru iaitu ustaz Mohamad Kori bin Jusoh. Dalam kunjungan ini juga turut dibincangkan ruang-ruang kerjasama antara Yayasan Taqwa dan Darul Quran JAKIM.
Bagi memperolehi sebahagian daripada markah penilaian berterusan kursus Kekeluargaan Islam, pelajar Syukbah Syariah Semester Empat Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah menganjurkan Program Bicara Kekeluargaan Islam yang bertajuk “Menelusuri Sirah Perkahwinan Rasulullah S.A.W.” Program ini telah diadakan pada 14 Februari 2020 bertempat di Auditorium Darul Quran. Ceramah bicara ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Luqman Hakim bin Othman atau lebih dikenali sebagai Da’i Hakim. Beliau merupakan juara rancangan Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 serta merupakan alumni DQ.
Sebagai salah satu prasyarat kelulusan Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Siri-5, para peserta kursus yang terdiri daripada pensyarah Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah dicerap oleh 10 orang pensyarah pakar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pada 13 Februari 2020 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Kursus Rawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran yang disempurnakan oleh Pengarah, Ustaz Mohamad Kori Jusoh mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Kursus Rawatan Islam ini diadakan dengan kerjasama dari Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia Darussyifa’.
Sebanyak 10 institusi-institusi pengajian tinggi yang menerima jemputan dari Darul Quran telah hadir bagi menyertai program Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading. Program yang diadakan pada 13 Februari 2020 ini merupakan penganjuran kali kedua selepas pertama kali diadakan pada tahun 2019.
Pada 11 Februari 2020, buat julung kalinya Darul Quran mengadakan program Wacana Ilmiah Jurnal Darul Quran bagi siri yang pertama tahun 2020. Program ini merupakan platform khusus yang dilaksanakan bagi berkongsi hasil penemuan penyelidikan yang dimuatkan dalam Jurnal Darul Quran Bilangan 23 tahun 2019 kepada khalayak khususnya kepada para pelajar serta warga Darul Quran.
Kursus Pra Perkahwinan anjuran bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz (PERKEMAT) Darul Quran dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dilaksanakan dengan jayanya di Darul Quran pada 1 dan 2 Februari 2020. Kursus ini mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berikutan lantikan Pengarah DQ yang baharu, Ustaz Mohamad Kori Jusoh bersama Timbalan Pengarah Akademik, Haji Salahuddin Haji Ghozali dan Pendaftar, Encik Azizuddin Mohd Hashim telah mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pejabat Pegawai Tanah Daerah Hulu Selangor, Tuan Haji Musa Ranli pada 24 Januari 2020.
Seramai tujuh orang pelajar Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) Tahun 2020 telah berjaya mengikuti program Transformasi Kecemerlangan Minda (TRANSKEM) bermula pada 14 hingga 15 Januari 2020, sejurus selepas Majlis Sambutan Pelajar Baharu.
Seramai tujuh daripada 32 permohonan calon pelajar Program Sijil Asas Tahfiz telah berjaya terpilih untuk mengikuti program ini bagi tahun 2020. Tujuh orang pelajar ini telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu yang diadakan pada 14 Januari 2020. Majlis yang diadakan di Auditorium Syeikh Mohd Noor Darul Quran ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah, Ustaz Mohamad Kori Jusoh.
Sebagai pencetus semangat bekerja bagi tahun 2020, DQ telah mengadakan perhimpunan bulanan yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan DQ. Perhimpunan yang diadakan pada 10 Januari 2020 ini diadakan bersekali dengan sesi taaruf Pengarah DQ yang baharu, Ustaz Mohamad Kori Jusoh memandangkan beliau baru sahaja bertugas di DQ pada hari yang kelima.
Pada 12 Disember 2019, bertempat di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah USIM-DQ telah mengadakan satu Bengkel Kemahiran Asas Sukan Bola Tampar. Program yang bertemakan “Voleyball: We Serve, We Love” berlangsung selama satu hari itu melibatkan seramai 27 orang peserta terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh, Batang Kali dan juga 23 pelajar-pelajar Semester Satu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah USIM-DQ sebagai fasilitator.
Pada 2 Disember 2019, Darul Quran telah mengadakan Majlis Penyerahan Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Majlis ini telah dihadiri oleh wakil Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Ustaz Mohd Khair Zainal dan pengurus–pengurus masjid yang terlibat.
Buku Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia terbitan Darul Quran selesai dilancar dalam Majlis Perasmian Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan JAKIM-UNITEN pada 6 November 2019 bertempat di Dewan Seri Sarjana Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Dengan bertemakan ”Melonjak Paradigma Huffaz Profesional”, Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 anjuran JAKIM dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah berjaya diadakan pada 6 November 2019.
Seramai 200 orang pelajar dari pelbagai bidang pengajian di Mesir hadir ke Program Motivasi Dan Pertemuan Alumni DQ. Program yang berlangsung pada 31 Oktober 2019 ini telah diadakan di Dewan Malaysia Abasiah Kaherah.
Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan kali ke-37 yang diadakan pada 22–24 Oktober 2019 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 11 institusi tahfiz seluruh negara. Persidangan kali ini merupakan anjuran bersama antara Darul Quran JAKIM dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Seramai 74 orang calon dari pelbagai institusi tahfiz telah menghadiri ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang dijalankan oleh Darul Quran pada 15 Oktober 2019.
Buat julung kalinya Darul Quran telah mengadakan program Daurah Kitab Turath bagi Kitab Al-Akidah Al-Tahawiyyah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Haji Md Sahari bin Abdullah, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor merangkap Penterjemah Kitab Al-Akidah Al-Tahawiyyah. Program yang diadakan pada 11 September 2019 ini merupakan anjuran bersama dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.
Seramai 19 mahasiswa dan 18 mahasiswi baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM telah dirai secara sederhana tetapi meriah dalam suatu majlis yang diadakan pada 10 September 2019.
Biarpun setiap hari pelajar Darul Quran perlu mengikuti kelas tasmi’ al-Quran dua jam sehari, atas semangat kekitaan bersama umat Islam Malaysia yang lain, DQ turut mengadakan program #QuranHour yang diadakan di tepi Tasik Huffaz DQ. Program yang diadakan pada 30 Ogos 2019 ini sebenarnya merupakan acara pembukaan bagi acara Semarak Kemerdekaan yang disempurnakan oleh Pengarah DQ, Dr. Haji Nordin Ahmad.
Pada 29 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) Sabak Bernam bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan program Tahfiz Turath yang dijalankan oleh sekolah tersebut.
Pada 20 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan program “Uhibbuki Fillah” di Raudhatulsakinah secara kerjasama dengan Masjid Wilayah. Program ini merupakan program menyantuni pelatih-pelatih yang sedang dalam proses bimbingan.
Pada 3-4 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan program Jalinan Mahabbah di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah (PPKKS) secara kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor. Program ini merupakan program menyantuni kanak-kanak dan remaja yang tinggal di situ untuk mempelajari bidang kemahiran.
Pada 3 dan 4 Ogos 2019, pelajar-pelajar Semester 5 Syukbah Syariah Darul Quran telah mengadakan program Jalinan Kasih Asrama Damai Kuang secara kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan IKRAM Hulu Selangor.
Seramai 723 orang graduan bagi semua program yang ditawarkan di Darul Quran JAKIM telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-28 yang berlangsung pada 27 Julai 2019 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
Tanggal 23 Julai 2019 menjadi detik bersejarah kepada Darul Quran JAKIM apabila menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori “Largest Al-Hafiz Quranic Writing Session” yang membabitkan seramai 731 orang peserta. Sesi penulisan al-Quran ini telah diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan dan Ekspo Darul Quran 2019.
Tanggal 23 Julai 2019 menjadi tarikh penting apabila Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 dan Ekspo Darul Quran JAKIM telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Fuziah Salleh di Dewan Muktamar Darul Quran. Ihtifal Huffaz dan Ekspo DQ ini telah mula berlangsung semalam; 22 Julai 2019 dan akan berakhir pada 27 Julai 2019.
Management and Science University (MSU) menjadi institut pengajian tinggi keenam yang menandatangani memorandum persefahaman dengan Darul Quran JAKIM dalam menjalankan Program Pensijilan Tahfiz (program tahfiz profesional). Majlis menandatagani MoU yang telah diadakan pada 16 Julai 2019 ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim bagi mewakili JAKIM dan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid.
4 Julai 2019 Era perkembangan dunia teknologi komunikasi sekarang ini, masyarakat terdedah dengan ledakan maklumat daripada pelbagai cabang perantara. Sumber berita dan kesahihan mengenai tulisan yang disebarkan adakalanya sangat meragukan. Tidak terkecuali tulisan-tulisan yang tular mengandungi hadith-hadith Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam. Sebahagian besar yang dirujuk, ia adalah hadith palsu yang disertakan sebagai dalil.
27 Jun 2019 - Pentadbiran pejabat kerajaan sering diuruskan melalui rekod bertulis dan surat-menyurat sebagai satu aspek komunikasi dua hala dalam setiap perkhidmatan yang dilaksanakan. Urusan ini tidak dapat digantikan dengan bentuk komunikasi terkini seperti khidmat pesanan ringkas (sms) atau emel.
25 Jun 2019, Dewan Muktamar Darul Quran menjadi pilihan laman bagi sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri. Majlis Raya ini meraikan semua warga Darul Quran termasuk para pelajar. Sopan berbaju raya, redup mata memandang.
Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2019/2020 & Program Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Sesi Jun 2019
Darul Quran JAKIM telah mengadakan Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Perdana Tahun 2019 di Pusat Islam pada 30 Mei 2019. Seramai kira-kira 1,000 orang yang hadir ke majlis ini terdiri daripada dif-dif jemputan, kakitangan Darul Quran serta keluarga serta pelajar-pelajar Darul Quran.
Pada 18 Mac 2019, telah diadakan suatu perhimpunan pegawai dan kakitangan Darul Quran bersama Pengarah, Dr. Haji Nordin Ahmad. Perhimpunan yang diadakan pada jam 9:30 pagi ini telah diadakan di Auditorium Sheikh Mohd Noor.
Seramai 243 orang pelajar semester enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat daripada kesemua syukbah pengajian telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Tahun 2019/1440. Majlis yang diadakan di Dewan Muktamar pada 9 Februari 2019 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato’ Paimuzi Yahya yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.
Buat julung-julung kalinya, Unit Alumni & Dewan Huffaz Cawangan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran telah menganjurkan program Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 2019. Program yang diadakan pada 31 Januari 2019 ini telah menghimpunkan 11 institut pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh Malaysia. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada semua pelajar DQ serta Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) khususnya pelajar Semester Akhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Dalam usaha memastikan agar Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) mencapai matlamatnya, Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan mahabbah ke Sekolah Menengah Tahfiz Harapan, Jenjarom Selangor pada 30 Januari 2019. Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk menjadikan Sekolah Menengah Tahfiz Harapan sebagai rakan strategik DQ di samping menjadi penanda aras bagi sekolah-sekolah tahfiz swasta yang lain.
Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-35 telah bersidang pada 10 Januari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang merangkap sebagai Pengerusi Lembaga Darul Quran.
DQ telah menerima lawatan pertama di tahun 2019 apabila dikunjungi oleh lima orang pegawai dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak pada petang 9 Januari 2019. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan kerjasama akademik yang boleh dijalankan antara kedua belah pihak.
Tokoh-tokoh dalam bidang Tahfiz al-Quran di Malaysia dari pelbagai agensi dan institusi telah menyertai bengkel yang diadakan pada 26 hingga 28 Disember 2018 bertempat di The Orient Star Resort, Lumut Perak.
Pada 26 hingga 28 Disember 2018, Unit Penyelidikan & Inovasi telah mengurus setiakan Bengkel Perancangan Kerja Tahunan 2019 Darul Quran JAKIM. Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini telah diadakan di The Orient Star Resort, Lumut Perak.
Bagaikan aur dan tebing. Begitulah diibaratkan hubungan antara DQ dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu. MRSM yang diwakili oleh Encik Mohd Nor Jantan telah menyerahkan sebanyak 15 unit kayak milik MRSM Kuala Kubu Bharu yang dilupuskan secara hadiah kepada Yang Di Pertua Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) Saudara Muhammad Amirul Syafiq Muhamad Fadil.
Konvensyen Falak Darul Quran 2018 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 23 November 2018. Konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan ini bertemakan "Meneroka Cakerawala Menghayati Sunnatullah” bertujuan memantapkan pemahaman serta kesedaran tentang kepentingan ilmu astronomi yang berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Seramai 18 orang pensyarah Darul Quran Jakim dan Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) telah dianugerahkan sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran yang telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Seramai lima orang pelajar daripada Program Tahfiz Profesional atau Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM bakal dianugerahkan dengan Syahadah Ithbat Hafazan Al-Quran Darul Quran JAKIM bagi tahun 2018. Penganugerahan ini akan disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM bagi Bulan Oktober Tahun 2018 pada 26 Oktober 2018.
Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 yang yang berlangsung selama dua hari bermula semalam telah melabuhkan tirainya pada 25 Oktober 2018.
Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 yang bermula pada 2:30 petang 24 Oktober 2018 telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin.
Pada 24 Oktober 2018, secara rasminya telah bermula Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak telah dipilih dalam persidangan kali ke-34 yang lalu untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ini.
Seramai 119 orang calon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) daripada 174 permohonan bagi tahun 2018 telah hadir untuk mengambil ujian tersebut bagi sesi kedua tahun ini. Sesi kedua ini diadakan berikutan banyak permintaan daripada masyarakat biarpun perancangan untuk mengadakan ujian STM ini hanya setahun sekali. Ujian STM Siri 2 ini telah diadakan pada 17 Oktober 2018 dan diadakan secara berpusat di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu.
Bagi memenuhi hasrat Darul Quran dalam memperkasakan kompetensi pensyarah yang dicadangkan menerusi Pelan Strategik Darul Quran JAKIM, Kursus Pensijilan Pembelajaran & Pengajaran Pensyarah kerjasama antara DQ dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan bermula dari 15 hingga 26 Oktober 2018. Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin bin Ahmad pada 15 Oktober 2018 bertempat di Dewan Dato’ Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.
JAKIM melalui Darul Quran komited dalam meneruskan usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan huffaz profesional di negara ini yang menguasai dua bidang iaitu al-Quran dan disiplin ilmu yang lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof berkata, dalam memastikan matlamat itu dicapai, ia sudah semestinya memerlukan kepada pemantapan kurikulum, pengawalan penaziran serta pentaksiran yang amat teliti.
“Justeru, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) antara lain diterjemahkan dengan integrasi tahfiz dengan pendidikan nasional serta memartabatkan huffaz yang menjadi sebahagian unsur elemen penting dalam menyumbang kepada pembinaan negara. Ini visi dan misi dalam Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama dari sudut tahfiz dan segala perkara berkaitan operasinya,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) pada 8 Oktober 2018.
Seramai enam orang pegawai Darul Quran diketuai Timbalan Pengarah Akademik, Haji Salahuddin bin Haji Ghozali telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Besar Morrocco di Malaysia pada 2 Oktober 2018.
Dalam rangka lawatan ke Malaysia, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan ilmiah dan mahabbah ke Darul Quran JAKIM pada 2 Oktober 2018.
Pada 8-9 September 2018, pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Semester Lima Syukbah Muamalat telah mengadakan program Wasilah Desaku: Ukhuwah Tanpa Sempadan di Perkampungan Orang Asli Changkat Bintang, Slim River.
Seramai 732 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran telah bergraduasi dalam sidang yang berlangsung pada 11 Ogos 2018. Majlis istiadat yang gilang-gemilang ini telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof.
Ekspo konvokesyen Darul Quran yang bermula pada 8 Ogos 2018 telah selesai dirasmi pembukaannya pada 9 Ogos 2018. Majlis Perasmian Ekspo Sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-27 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya.
Seramai 45 orang peserta telah mengikuti Bengkel Penggubalan Soalan Peperiksaan Program Diploma bagi sesi pengajian Mei-September 2018 anjuran Unit Peperiksaan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship Darul Quran yang diadakan di Institut Latihan Sosial, Kuala Lumpur bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2018.
Buat julung-julung kalinya, Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship, Darul Quran JAKIM telah menganjurkan suatu program talaqqi kitab atau daurah kitab Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas kepada pensyarah-pensyarah DQ. Program yang diadakan pada 30 Julai 2018 ini telah disampaikan oleh pengarang buku Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas sendiri iaitu Ustaz Muhadir bin Haji Joll.
Ekoran daripada kunjung hormat yang diadakan di pejabat Duta Besar Turki di Malaysia, hasil daripada cadangan TYT Dr. Merve Kavakci, suatu pertemuan telah diatur antara delegasi Darul Quran ke pejabat Yunus Emre Enstitüsü untuk berbincang dengan Dr. Omer Altun selaku Pengarah Yunus Emre Enstitüsü berkenaan peluang-peluang penyambungan pengajian pelajar lepasan Darul Quran ke universiti-universiti yang bersesuaian di Negara Turki dengan biasiswa tajaan dari Negara Turki. Kunjung hormat ini turut diadakan pada 26 Julai 2018.
Seramai enam orang delegasi dari Darul Quran JAKIM telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat TYT Duta Besar Turki di Malaysia, Dr. Merve Kavakci pada 26 Julai 2018.
Seramai enam orang siswa siswi Darul Quran telah menyertai Pertandingan Memanah Peringkat Antarabangsa yang melibatkan pelbagai institusi dari dalam dan luar negara antaranya Thailand, Indonesia dan Singapura.
Pada 12 Julai 2018, telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Program Kerjasama antara USIM dan Darul Quran Jakim dalam menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian.
Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-34 telah bersidang pada 12 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
Pada 7 Jun 2018 (Khamis), Darul Quran telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Kesejahteraan Insan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan panduan pelaksanaan program Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan oleh mahasiswa-mahasiswi UKM supaya dapat dilaksanakan oleh pelajar-pelajar DQ.
Darul Quran Jakim telah mengadakan Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Jamaie 1439/2018 di Pusat Islam pada 6 Jun 2018. Seramai kira-kira 1,000 orang yang hadir ke majlis ini terdiri daripada dif-dif jemputan, kakitangan Darul Quran serta keluarga serta pelajar-pelajar Darul Quran.
Pada 1 Jun 2018, telah diadakan suatu perhimpunan pegawai dan kakitangan Darul Quran bersama Pengarah, Dr. Haji Nordin bin Ahmad. Perhimpunan yang diadakan pada jam 10:30 pagi ini telah diadakan di Auditorium Sheikh Mohd Noor.
Bagi kelestarian Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN yang sedia terjalin sejak tahun 2012, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Darul Quran Jakim pada 31 Mei 2018.
Bagi memperkasakan bidang pendidikan tinggi tahfiz, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam rangka untuk membangunkan program yang dinamakan Program Pemerkasaan Huffaz. Program ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada pelajar bidang tahfiz bagi menyambung pengajian dalam bidang profesional. Atas maksud dan tujuan tersebut, empat orang delegasi Jawatankuasa Huffaz KPTM telah mengadakan lawatan ke DQ pada 7 Mei 2018 bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan program huffaz profesional memandangkan DQ merupakan sebuah institusi tahfiz yang berpengalaman dalam menjalankan program ini sejak tahun 2000 lagi.
Menjadi kelaziman di mana-mana institusi pengajian untuk mengadakan minggu orientasi kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar. Tidak terkecuali di Darul Quran. Seramai 240 orang pelajar baru terdiri daripada 122 orang pelajar banin (lelaki) dan 118 orang pelajar banat (perempuan) telah terlibat dalam program Transformasi Kecemerlangan Minda (TRANSKEM) yang diadakan pada 1 hingga 5 Mei 2018.
Seramai 250 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2018/2021 yang diadakan pada 30 April 2018 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Hajah Zawanah binti Muhammad, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim yang mewakili Ketua Pengarah Jakim.
Seramai 154 orang pelajar dari tiga program pengajian telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz bagi Tahun 2018/1439. Tiga program pengajian tersebut ialah Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM, Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN dan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-CUCMS.
Darul Quran telah selesai mengadakan ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi tahun 2018 pada 17 dan 18 April 2018. Ujian yang diadakan di satu pusat peperiksaan sahaja iaitu di kampus Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu.
Seramai enam orang delegasi dari Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) Terengganu telah mengadakan kunjungan mahabbah ke DQ pada 9 April 2018.
Bersempena dengan Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018 pada 27 Mac 2018, DQ telah mengambil inisiatif untuk melancarkan buku Perkembangan Pendidikan Tahfiz Darul Quran Perintis Dinamik. Turut dilancarkan dalam majlis ini ialah Kamus Braille Arab-Melayu hasil kerjasama antara DQ Jakim dengan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).
Selepas kejayaan menganjurkan Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara pada tahun 2016, Darul Quran dengan Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya sekali lagi bekerjasama dalam menganjurkan Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018. Konvensyen yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2018.
Pada 14 Mac 2018, pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jakim (BPSM) telah datang ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu bagi sesi penyerahan Buku Perkhidmatan Pegawai Dan Kakitangan yang bertugas di DQ.
Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Darul Quran telah menganjurkan ceramah yang bertajuk “Memelihara Kesucian Islam” pada 14 Mac 2018. Ceramah yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah disampaikan oleh Ibu Irena Handono yang merupakan bekas biarawati dari Indonesia.
Pada 10 dan 11 Mac 2018, mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah menyertai pertandingan Inovasi Islam dalam Ekspo Inovasi Islam 1439H (Inova18).
Seramai 233 orang pelajar semester enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran bagi Tahun 2018/1439. Majlis yang diadakan pada 3 Februari 2018 ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha.
Pada 30 Januari 2018, Darul Quran Jakim telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Akademik dengan wakil-wakil enam Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bengkel ini telah diadakan di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi.
Seramai 35 orang pelajar semester empat Syukbah Dakwah Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran telah berjaya mengadakan program Explore The Golden Generation di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur pada 18 Januari 2018.
Darul Quran telah menerima kunjungan dari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Delegasi UKM ini telah disertai oleh empat orang pensyarah dan 10 orang pelajar yang antaranya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran.
Seramai 82 orang pelajar lepasan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Darul Quran Jakim telah menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusan Takhassus Qiraat di peringkat Ijazah Sarjana Muda di bawah pengurusan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran Jakim dan Sekreteriat Menyambung Pengajian ke IPTA Dalam Negeri & Timur Tengah atau dikenali dengan nama SMUTEM.
Setelah lima hari seluruh kontinjen Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri berkampung di kampus Darul Quran Jakim, Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2017 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Jakim akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 5 Ogos 2017. Majlis penutup yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Hajah Zawanah Binti Muhammad
Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-32 telah bersidang pada 19 Julai 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.
Sebagai menghargai komitmen 29 orang pensyarah DQ serta MTQN yang telah menyertai Kursus Pensijilan Pembelajaran & Pengajaran (PdP) Pensyarah pada 9 hingga 21 Oktober 2017, UPSI dengan kerjasama DQ telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil kursus pada 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan Banquet, Bangunan e-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.
Darul Quran telah menerima kunjungan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 20 Julai 2017. Lawatan ini merupakan kunjungan kedua dari pihak KPM kerana pada 30 Mac yang lalu, Darul Quran juga telah menerima kunjungan dari Lembaga Peperiksaan KPM yang diketuai oleh En. Izehari Bin Basar yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Pengurusan) bersama enam orang pegawai Lembaga Peperiksaan KPM.
Seramai 615 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran telah bergraduasi dalam sidang yang berlangsung pada 5 Ogos 2017. Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang itu telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Darul Quran Jakim dengan kerjasama Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) dan Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT DQ) telah menganjurkan program Bakti Huffaz bertempat di Pulau Dayang Bunting, Langkawi bermula pada 24 hingga 28 Oktober 2017.
Pada 27-28 Julai 2018, pelajar kumpulan A Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Semester 5 Syukbah Qiraat Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Program Smart Solat di Masjid Mukim Panji, Kota Bharu Kelantan.
Seramai 21 orang mahasiswa Semester Dua Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran & Sunnah USIM-Darul Quran dengan kerjasama Muslim Care dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah berjaya mengadakan program khidmat masyarakat bersifat antarabangsa iaitu Global Islamic Student Outreach (GISO) di Warsaw Poland pada 24 Ogos 2017 hingga 2 September 2017.
Bagi kelangsungan pemerkasaan program menghuffazkan golongan profesional, Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dengan International Islamic University Malaysia (IIUM) Dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majlis ini telah diadakan pada 23 Mei 2017 bertempat di Dewan Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP).
“Kerajaan mengharapkan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang diperkenalkan, huffaz yang bakal dilahirkan kelak mampu menggabungkan komponen ilmu hafazan al-Quran dengan ilmu-ilmu yang lain, yang mengintegrasikan antara ilmu aqli dan naqli. Matlamatnya, agar wujud pengintegrasian antara komponen fikir-zikir, di samping wujudnya keseimbangan antara teks dan konteks atau hafalan dan kefahaman agama ke arah merealisasikan kesejahteraan duniawi serta ukhrawi.”
Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Darul Quran buat pertama kalinya telah menyertai Konvensyen Kebangsaan Sahabat Yadim 2017 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) merupakan satu agenda kerajaan dalam memartabatkan bidang pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia. Pada 20 Mac 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, ketika perasmian Majlis Himpunan 20,000 Huffaz dan perasmian Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) telah mengumumkan bahawa kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini dan YAB Perdana Menteri sendiri akan memberi perhatian secara peribadi kepada pembentukan dan pelaksanaan DPTN ini.
Unit Pendidikan Utusan Malaysia dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat julung kalinya telah menganjurkan Kem Remaja Tutor Generasi Al-Quran di Kuala Kubu Bharu, Selangor dari 20 hingga 23 Disember.
Buat julung-julung kalinya, Darul Quran Jakim telah menganjurkan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan yang diadakan serentak bersama ekspo sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-26. Program ini telah diadakan selama lima hari bermula dari 1 hingga 5 Ogos 2017 bertempat di kompleks Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu dan tempat-tempat sukan sekitar Kuala Kubu Bharu.
Seramai 19 orang pelajar transisi Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) Perlis telah sampai ke Darul Quran Jakim dengan menaiki bas Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sekitar jam 5:30 petang pada 9 Januari 2018.