Am

Darul Quran terletak di Daerah Hulu Selangor, 64 km dari Kuala Lumpur menghala ke utara. Secara tepatnya Darul Quran terletak di Jalan Hamzah, Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

Sila lihat peta lokasi Darul Quran

Kemasukan

Pengambilan pelajar bagi Program Diploma kebiasaannya dibuat pada Mei manakala pelajar Program Persijilan akan dibuat pada bulan Disember setiap tahun 

Syarat-syarat untuk memasuki Program Diploma dan Persijilan yang ditawarkan di Darul Quran adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia yang belum berkahwin lulus serta ;
  2. Berumur kurang 21 tahun dan lulus Sijil Pelajaran  Malaysia dengan kepujian pada mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab komunikasi
    • Pendidikan Quran Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Islam Dan
    • Lulus bahasa Inggeris  

Hal Ehwal Akademik

Darul Quran menawarkan 3 program Diploma dan 3 program Persijilan. Iaitu:

  1. Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
  2. Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Dakwah
  3. Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Syariah      
  4. Sijil Tahfiz Al-Quran dengan kerjasama UIAM
  5. Sijil Tinggi Taranum Al-Quran (STTQ)
  6. Sijil Tahfiz Al-Quran (6 Juzu’) untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) 

Bagi program Diploma, tempoh  pengajian adalah 3 tahun (6 semester) manakala bagi program Persijilan tahfiz dengan kerjasama dengan UIAM adalah 1 tahun 6 bulan (3 Semester). Bagi program Sijil Tinggi taranum (STTQ) pula adalah 2 bulan dan Sijil Tahfiz untuk Orang Kurang Upaya masalah Penglihatan (OKUMP) adalah 6 bulan. 

Ya, Diploma Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan Gred S27 dengan permulaan gaji P1T5.

Terdapat beberapa Institusi didalam dan luar negara yang mengiktiraf Darul Quran antaranya :

Universiti dalam negeri      

  • Universiti Malaya. (UM)      
  • Universiti Kebangsaan Malaysia. (UKM)      
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (UIAM)       
  • Universiti Sains Islam Malaysia. (USIM)      
  • Universiti Putra Malaysia. (UPM)      
  • Universiti Darul Iman Malaysia. (UDM)      
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris. (UPSI)      
  • Universiti Utara Malaysia. (UUM)      
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. (KUIS)      
  • Kolej Universiti Insaniah Kedah. (INSANIAH)

Universiti luar negara     

  • Ma’ahad Qiraat Al-Azhar, Mesir.      
  • Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Indonesia. 

Pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Mesir boleh menghubungi pihak SMUTEM Darul Quran yang menguruskan penempatan pelajar-pelajar ke Mesir.

Pentadbiran

Hal Ehwal Kewangan

Yuran pengajian hanya dikenakan ketika sesi pendaftaran sahaja. Manakala bagi semester yang berikutnya yuran tidak dikenakan. 

Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar yang memerlukan

Konvokesyen

Penyelidikan