SIJIL ASAS TAHFIZ AL-QURAN
- Pengajian:
- Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 2 semester. Program ini ditawarkan kepada 4 kategori iaitu (i) kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan, (ii) kategori “Saudara Baru” India, Cina atau masyarakat pribumi Sabah & Sarawak, (iii) kategori etnik keturunan Orang Asli dan (iv) kategori pelajar luar negara Muslim minoriti.
- Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 1-6 dalam tempoh pengajian di samping belajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir, Aqidah, di samping Al-Quran Braille bagi kategori pelajar OKU Penglihatan serta Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi kategori pelajar luar negara.
Syarat-Syarat Kelayakan:
CALON KATEGORI OKU PENGLIHATAN:
- Warganegara Malaysia.
- OKU Penglihatan.
- Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
- Lulus Peperiksaan Percubaan SPM dengan mendapat minimum gred C:
i. Bahasa Melayu;
ii. Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah/Pendidikan Al-Quran & Sunnah/Tasawwur Islam; DAN
iii. Minimum Gred E bagi Bahasa Inggeris.
- Belum berkahwin.
- Berkebolehan menaip dan membaca al-Quran Braille.
- Mempunyai minat yang tinggi untuk belajar.
- Bersedia mengikuti kursus ini.
- Sihat tubuh badan dan mental yang baik.
- LULUS TEMUDUGA
CALON KATEGORI “SAUDARA BARU” INDIA, CINA ATAU MASYARAKAT PRIBUMI SABAH & SARAWAK & KATEGORI ETNIK KETURUNAN ORANG ASLI
• Warganegara Malaysia.
• Beragama Islam dari kategori:
a. “Saudara Baru” India dan Cina, masyarakat pribumi Sabah & Sarawak; ATAU
b. Etnik Keturunan Orang Asli.
• Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
• Lulus Peperiksaan Percubaan SPM dengan mendapat minimum Gred C:
i. Bahasa Melayu;
ii. Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah/Pendidikan Al-Quran & Sunnah/Tasawwur Islam; DAN
iii. Minimum Gred E bagi Bahasa Inggeris.
* bagi calon yang belum mengambil subjek Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah/Pendidikan Al-Quran & Sunnah atau Tasawwur Islam, diberi kelonggaran untuk mengambil subjek tersebut ketika sesi pengajian Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran.
• Belum berkahwin.
• Berkebolehan menulis Jawi dan membaca al-Quran dengan baik.
• Mempunyai minat yang tinggi untuk belajar.
• Bersedia mengikuti kursus ini.
• Sihat tubuh badan dan mental yang baik.
• LULUS TEMUDUGA
CALON KATEGORI PELAJAR LUAR NEGARA MUSLIM MINORITI:
- Berumur antara 16 hingga 25 tahun;
- Belum berkahwin;
- Boleh membaca, menulis dan mengira;
- Boleh membaca al-Quran dengan baik;
- Minat untuk menghafaz al-Quran;
- Sihat tubuh badan dan mental yang baik; DAN
- LULUS UJIAN BERTULIS DAN UJIAN HAFAZAN AL-QURAN.