PENGAMBILAN PELAJAR BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2018/2021

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program Diploma Tahfiz Al-Quran. Program ini mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ).

SISTEM PENGAJIAN

Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Bidang pengkhususan yang ditawarkan ialah Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis, Muamalat dan Pengurusan Halal.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

i.    Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
ii.    Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ‘C’  dalam mata pelajaran berikut :

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Arab
  3. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
  4. LULUS  Bahasa Inggeris, dan
  5. LULUS Temuduga.      

           Atau

  • Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengan SPM ( Calon Luar Negara )

      
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran di mana-mana Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri, adalah tidak layak memohon.

TEMUDUGA

Calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

BIASISWA

Biasiswa akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

CARA MEMOHON

Permohonan secara atas talian (Online) boleh diisi melalui laman sesawang:

http://www.darulquran.gov.my

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan.
         
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

  • Telefon : 03-60635333 / 5349 / 5323 / 5374
  • Faks    :  03-60645497 / 03- 60642936

MAKLUMAN

  • Sila semak senarai nama atas talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak  semasa temuduga.
  • Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 03 Mei 2018 adalah dianggap tidak berjaya.
  • Permohonan secara atas talian akan dibuka bermula 19 Februari 2018.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UNTUK MEMOHON SILA KLIK DI SINI

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------