INTEPRETASI LOGO DARUL QURAN

  1. Bentuk kitab terbuka di atas simbolik kepada al-Quran dan hadis yang merupakan dua bidang teras di samping rujukan utama dalam pembinaan dan pengembangan ilmu bagi melahirkan generasi rabbani.
  2. Bentuk rehal yang sinonim dengan masyarakat Islam sebagai alas al-Quran simbolik kepada teguhnya pegangan al-Quran yang menjadi prinsip kepada umat Islam.
  3. Bentuk kubah yang melambangkan syiar Islam yang merupakan panji kepada Umat Islam yang dibawa oleh Darul Quran Jakim dan kerajaan Malaysia.
  4. Empat tiang yang membentuk kubah melambangkan teras pegangan masyarakat di Malaysia yang berpegang kepada sumber al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.
  5. Perkataan Darul Quran yang menggunakan khat kufi murabba’ ini diintrepetasikan sebagai Darul Quran merupakan nama yang tidak asing dengan peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan tahfiz terulung di negara Malaysia.
  6. Perkataan “Qara’a” di tengah sebagai teras dalam menuntut ilmu yang melambangkan kesungguhan para pelajar Darul Quran dalam menuntut ilmu.
  7. Perkataan “Laam” yang berbentuk kubah merujuk kepada peranan Darul Quran memayungi pengajian tahfiz di Malaysia.
  8. Perkataan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam tulisan rumi bertujuan untuk memudahkan memahami perkataan Darul Quran yang merupakan salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  9. Warna maroon yang merupakan warna korporat Darul Quran melambangkan semangat yang mapan, kesediaan dan keupayaan Darul Quran sebagai institusi tahfiz al-Quran terulung di Malaysia.
  10. Warna emas diintrepetasi sebagai peranan Darul Quran melahirkan penghafaz al-Quran yang paling bernilai sebagai aset penting negara.
  11. Warna biru melambangkan warga Darul Quran yang berketrampilan, berdedikasi dan berhikmah dalam membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi.