Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar-pelajar Hafiz yang telah ditawarkan menyambung pengajian (sepenuh masa) di peringkat Ijazah Pertama/ Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah dalam dan luar negara untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi sesi pengajian 2019/2020. Pelajar yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki Diploma Tahfiz Al-Quran, Sijil Tahfiz Al-Quran, Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Diploma Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Sijil Tahfiz yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama JAKIM.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan;
- Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi;
- Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH;
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas; dan mempunyai kelayakan akademik seperti di Jadual 1:
Jadual 1: Kelayakan Akademik
|
Program Pengajian
|
Syarat Minimum Akademik
|
---|---|---|
|
Ijazah Sarjana Muda
|
Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/ Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas
ATAU
SPM 5 Kepujian /
STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) / STAM Pangkat Jayyid
+
Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas
ATAU
SPM 5 Kepujian /
STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) / STAM Pangkat Jayyid
+
STM Pangkat Jayyid
+ ATAU
Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid
|
|
Ijazah Sarjana Muda
(tahun 2 dan ke atas)
|
PNG/PNGK tahun pertama 3.3 ke atas
+
Diploma Tahfiz al-Quran PNGK 2.75 ke atas /
Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA /
Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas /
STM Pangkat Jayyid
|
|
Ijazah Sarjana/ Ph.D
|
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
+
Diploma Tahfiz al-Quran PNGK 2.75 ke atas /
Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA /
Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas /
STM Pangkat Jayyid
|
Pelajar yang tidak layak memohon adalah seperti yang berikut:
- calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;
- pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;
- penjawat awam; dan
- pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.
Bidang Pengajian:
Luar negara
|
Ijazah Sarjana Muda
|
Dalam Negara
|
Ijazah Sarjana Muda
|
Ijazah Sarjana Pengajian Islam
|
Tempat Pengajian:
Dalam Negara
|
Universiti Awam (UA) yang diiktiraf oleh kerajaan
|
Luar negara
|
Jordan :
Mesir :
Indonesia :
|
Kadar SPH
Kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan pada 23 Ogos 2019 (Jumaat)
Tatacara Permohonan adalah seperti yang berikut:
- Permohonan hanya boleh dibuat melalui aplikasi Mozila Firefox / Chrome atas talian secara percuma dengan melayari portal JAKIM di www.islam.gov.my atau sph.islam.gov.my.
- Pemohon dibenarkan mengemas kini maklumat yang telah diisi pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Hanya maklumat yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak, dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam ruangan cetak slip.
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak dan menyemak maklumat yang terkandung di dalam “Slip Pengesahan Permohonan SPH Tahun 2019 sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.
- Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-88707000/ 7149/ 7141/ 7142 atau melalui e-mail sph.islam@1govuc.gov.my atau sph_jakim@yahoo.com.