MAKLUMAT JAWATAN
NAMA JAWATAN :
-
Pensyarah Tasmik Al Quran Jemputan
TEMPOH PERKHIDMATAN :
-
Tidak melebihi satu semester (16 minggu pengajian). Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan akan dilanjutkan lagi perkhidmatan bagi semester berikutnya.
TEMPAT BERTUGAS :
Darul Quran JAKIM,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU BEKERJA :
-
Isnin hingga Jumaat
-
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi (Pensyarah Tasmik Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat/Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM)
KADAR UPAH/ELAUN :
Berdasarkan kelayakan :
-
Ijazah dan setaraf : RM1,500.00
-
Diploma dan setaraf : RM1,200.00
DESKRIPSI TUGAS
- Memastikan setiap pelajar berada dalam kelas tasmik bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi pada setiap hari pengajian.
- Melaksanakan talaqqi, tasmik dan menthaqiq hafazan al quran bagi setiap pelajar kelas masing-masing (Isnin hingga Khamis) dan Program I’adah pada setiap hari Jumaat.
- Merekod kehadiran pelajar dan sediakan laporan tasmik pelajar dalam buku rekod hafazan.
KELAYAKAN AKADEMIK
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 21 tahun dan ke atas;
3. Sihat tubuh badan;
4. Memiliki kelulusan akademik dari Universiti Awam/IPTS, dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti berikut:
(a) Ijazah dalam bidang Tahfiz Al-Quran; ATAU
(b) Ijazah dalam bidang Pengajian Islam SERTA Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran; ATAU
(c) Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran.
5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Dibuka sepanjang tahun.
Calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon dengan mengemukakan resume ke alamat emel ke ptjdarulquran@gmail.com
No. Telefon : 03-60635333 / 03-60635387 (Jabatan Tahfiz)
*Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon dan dipanggil untuk menghadiri temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan.