SOALAN LAZIM (FAQ)

1. APAKAH PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN YANG DIJALANKAN OLEH DARUL QURAN?
Darul Quran menjalankan program pengajian daripada peringkat Sijil sehingga Ijazah. Maklumat serta syarat-syarat kelayakan berkenaan program-program pengajian ini boleh dirujuk di pautan:
 
2. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON KEMASUKAN KE DARUL QURAN?
Permohonan kemasukan dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang www.darulquran.gov.my dalam tempoh iklan sahaja.
Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui pautan:

 

3. APAKAH SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KE DARUL QURAN?
Syarat-syarat kelayakan kemasukan boleh dirujuk di pautan ini:
Mana-mana calon yang tidak menepati salah satu daripada syarat tersebut adalah tidak layak memohon.

 

4. BERAPAKAH KOS PENGAJIAN DI DARUL QURAN?
Darul Quran tidak mengenakan sebarang yuran pengajian. Setiap pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran ketika pertama kali mendaftar sahaja. Jumlah sebenar yuran pendaftaran akan dimaklumkan dalam surat tawaran kemasukan pelajar baharu dan ianya adalah berdasarkan keperluan semasa.

 

5. ADAKAH PELAJAR MENDAPAT ELAUN/BIASISWA?
Secara umumnya, setiap pelajar yang layak akan mendapat biasiswa. Pelajar Program Ijazah akan menerima biasiswa sebanyak RM550 sebulan dan pelajar Program Diploma serta Sijil akan menerima biasiswa sebanyak RM450 sebulan.

 

6. SEKIRANYA SAYA MEMPUNYAI PERSOALAN MENGENAI KEMASUKAN, KEPADA SIAPAKAH SAYA BOLEH HUBUNGI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERSEBUT?
Sebarang pertanyaan berkenaan kemasukan boleh diajukan kepada Seksyen Kemasukan, Biasiswa & Graduasi Darul Quran di talian +603-60635351 / +603-60635349 / +603-60635374 / +603-60635324 / +603-60635323 pada waktu pejabat.