PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) TAHUN 2020

Iklan Permohonan
Sijil Tahfiz Malaysia 2020
 
 
PRAKATA
 
Sijil Tahfiz Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia yang telah melepasi ujian penilaian yang ditetapkan.
 
KAEDAH PENILAIAN
 
Calon akan dinilai berdasarkan Ujian Lisan (Syafawi) dan Bertulis (Tahriri) merangkumi aspek hafazan dan Pengetahuan Agama Islam.
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
 
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 17 tahun dan ke atas;
  • Telah menghafaz 30 juzuk  al-Quran; serta
  • Mengemukakan sijil hafazan / surat pengesahan hafazan / rekod hafazan.
 
YURAN PENDAFTARAN
 
Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah RM150.00 sahaja.
 
CARA MEMOHON
 
a) Cetak borang permohonan di bawah
 
b) Borang yang telah lengkap diisi perlu dilampirkan bersama:
  • satu salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  • satu salinan sijil hafazan / surat pengesahan hafazan / rekod hafazan yang telah disahkan.
  • wang pos / kiriman wang / bank draf sebanyak RM150.00 atas nama Pengarah Darul Quran.
c) Borang yang telah lengkap diisi serta semua lampiran yang dikehendaki hendaklah dihantar ke:
 
Pengarah
Darul Quran JAKIM,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)
 
 
LAIN-LAIN MAKLUMAN
 
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Mac 2020.
  • Calon-calon yang layak akan dimaklumkan melalui laman sesawang rasmi Darul Quran mulai 9 April 2020.
  • Tarikh peperiksaan: 20-21 April 2020.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon       : 03-60635333
Faks           : 03-60645497
 

Keterangan
Jadual pergerakan.pdf
Maklumat umum.pdf
Borang Permohonan STM 2020.pdf
Senarai Semak.pdf
Contoh wang pos.pdf
Kaedah penilaian.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader