PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN JAKIM–IIUM SESI 2020/2021

Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti
Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2020/2021.
Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
akan mengikuti pengajian dalam bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
 
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Bumiputera
  • Belum berkahwin
  • Lulus Peperiksaan SPM 2019 dengan mendapat:

1. Minima Gred A- bagi mata pelajaran Matematik

2. Minima Gred B bagi semua mata pelajaran berikut:

- Bahasa Melayu;
- Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
- Bahasa Inggeris;
- Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah.

3. Minima 2B, 1C+ bagi mata pelajaran berikut:

- Biologi / Fizik;
- Kimia;
- Matematik Tambahan.
  • Turut memohon menyambung pengajian di IIUM melalui UPUOnline.

 

CARA MEMOHON
Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap secara dalam talian (online) DISINI bermula pada 16 MAC 2020
(Borang perlu dicetak dan dibawa semasa menghadiri sesi temu duga)
 
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 
Tarikh tutup permohonan (online) ialah pada 30 MAC 2020.
 
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
 
Pemohon boleh mula menyemak keputusan permohonan bermula pada 14 APRIL 2020.
(Pelajar yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi temu duga).
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 
Seksyen Kemasukan, Biasiswa & Graduasi Darul Quran JAKIM di talian:
Tel: 03-6063 5351 / 5349 / 5323 / 5374
 
JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
 
BIL.
PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH
1
Iklan Kemasukan Pelajar Baharu
12 Mac 2020
2
Permohonan Online dibuka / Kemaskini Permohonan
16 Mac 2020
3
Tarikh Tutup Permohonan
30 Mac 2020
4
Semakan Layak Temu Duga (Online)
14 April 2020
5
Proses Temu Duga
4 – 6 Mei 2020
6
Semakan Keputusan Temu Duga dan Pengesahan Terima Tawaran (Online)
13 - 15 Mei 2020
7
Rayuan (Online)
(Bagi yang gagal dalam temu duga sahaja)
8
Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran (Online)
15 Mei 2020
9
Keputusan Rayuan (Online)
22 Mei 2020
10
Majlis Sambutan dan Pendaftaran Pelajar Baharu
16 Jun 2020