PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BIDANG PENGURUSAN MASJID TAHAP 3 SESI 2021

PRAKATA
  • Darul Quran telah ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) pada tahun 2015 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
  • Program dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran JAKIM dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bertempat di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu selama 16 bulan.
  • Perantis yang berjaya dalam program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sijil Perakuan Hafazan dari Darul Quran JAKIM.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kursus Pengurusan Masjid Tahap 3 ini adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Telah menghafaz sekurang-kurangnya 6 juzuk al-Quran (keutamaan diberi kepada calon yang telah khatam hafazan 30 juzuk)
  • Tidak berkahwin;
  • Sihat tubuh badan;
  • Tidak mempunyai penyakit kronik;
  • Mengetahui asas al-Quran dan Fardhu Ain;
  • Mampu menulis dan membaca tulisan jawi dengan baik;
  • Tidak merokok;
  • Lulus temu duga.

 

CARA MEMOHON

KLIK DI SINI

 

MAKLUMAN

Sesi temu duga akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 4 Mei 2021 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Medium : Google Meet (online)
Pakaian : Pakaian sopan

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Darul Quran JAKIM:
Telefon : 03-60635387
Faks : 03-60645497

 

*Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 1 Jun 2021 adalah dianggap tidak berjaya.

 

JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU

 

BIL.

PROGRAM / AKTIVITI

TARIKH

1

 Iklan Permohonan

1 April 2021

2

 Tutup Permohonan (Online)

30 April 2021

3

 Proses Temu duga (Online)

4 Mei 2021

4

 Keputusan Temu duga

7 Mei 2021

5

 Pendaftaran Pelajar Baharu

1 Jun 2021

*tertakluk kepada pindaan