PENGENALAN

UNIT KAUNSELING PSIKOLOGI & KERJAYA DARUL QURAN, JAKIM

 

Apakah Itu Kaunseling?

Menurut PERKAMA International, kaunseling adalah merupakan:

Satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berdasarkan etika kaunseling (Akta 580)

 

 

Motto Unit Kaunseling Psikologi & Kerjaya

"Kaunseling Psikologi Pembangunan Insani"

 

 

Logo Unit Kaunseling Psikologi & Kerjaya

 

Maksud MODERATOR

Role model setiap kakitangan Darul Quran, JAKIM dan Pelajar Tahfiz Quran. Sebagai contoh ikon yang mengambarkan Islamik Profesional

Maksud BIMBINGAN

Memberi bantuan dan sokongan dalam perkara-perkara berhubung kerohanian, emosi dan spritual.

Maksud KAUNSELING

Menolong individu atau organisasi meleraikan isu melalui perkongsian matlamat.

Maksud DQ

Institusi pengajian Darul Quran

Maksud JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Maksud warna Jingga

Melambangkan keharmonian penerimaan tanpa syarat individu atau organisasi yang memerlukan bantuan khidmat kaunseling profesional

Maksud Bulatan Jingga

Perkhidmatan Kaunseling Profesional memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja dan beranggapan kehidupan manusia ada pelbagai fenomenalogikal diibaratkan roda yang sentiasa berputar

 

 

Matlamat Khidmat Kaunseling Darul Quran JAKIM

  • Melahirkan tahfiz profesional
  • Memotivasi pelajar tentang ilmu pengurusan diri, berfikir minda kelas pertama dan mempunyai kemahiran berdakwah
  • Membentuk modal insan dari aspek intelektual, pengendalian emosi dan spritual (kerohanian)
  • Memberi khidmat sesi kaunseling yang terbaik kepada pelajar, individu dan organisasi
  • Memberi pertolongan kepada mana-mana individu/kelompok yang menghadapi isu/dilema semasa untuk berkongsi