AKTIVITI

 Senarai ini hanya memaparkan Aktiviti yang telah melepasi tarikh paparan

Bengkel Pemantapan Ilmu Qiraat Anjuran Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship Darul Quran

 19 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 28 orang pensyarah-pensyarah Qiraat dari Darul Quran dan Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) dari seluruh Malaysia telah berkampung di Institut Tanah & Ukur Negara (INSTUN) untuk mengikuti Bengkel Pemantapan Ilmu Qiraat. Bengkel ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship Darul Quran dengan kerjasama Jabatan Pengajian Al-Quran & Qiraat Darul Quran.

Kunjungan Hormat Mengadap Duta Besar Republik Arab Mesir Ke Malaysia

 13 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat mengadap TYT Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Salah Mohi Eldin Elwassimy.

Lawatan Mahabbah Dari KUIN Ke Darul Quran

|  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Darul Quran telah menerima kunjungan mesra delegasi daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil, Kedah. Delegasi KUIN ini terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan dan pensyarah-pensyarah daripada Kuliyyah Al-Quran & Sunnah.

Simposium Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Berakhir Dengan Jayanya

 22 Nov 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Darul Quran Jakim telah menganjurkan Simposium Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang berlangsung pada 22-24 November 2016 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Lawatan Penanda Aras Lembaga Maktab Mahmud, Kedah Diketuai Oleh Encik Nasrun Bin Dato’ Mohd Sheriff

 20 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan daripada 32 orang peserta lawatan yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga, pengetua-pengetua, pegawai-pegawai pengurusan dan guru-guru dari Maktab Mahmud Kedah.

35 Graduan Diploma Darul Quran Mendaftar Program Ijazah USIM-DQ

|  01 Jan 2018  01 Mac 2018
Darul Quran telah menerima seramai 35 orang mahasiswa baru bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Quran & Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul Quran bagi sesi akademik 2017-2020. Pengambilan pada sesi kali ini melibatkan 16 orang siswa dan 19 orang siswi dalam kalangan graduan Diploma Darul Quran Jakim yang baru berkonvokesyen pada 5 Ogos 2017. Kesemua siswa siswi ini telah diraikan pada Majlis Sambutan Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ Sesi Akademik 2017/2018 pada 11 September 2017 dan majlis ini telah dirasmikan oleh Pendaftar Darul Quran, Hajah Azizah Binti Che Hassan.

Halal Walk In

 07 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 22 orang pelajar Semester Empat Syukbah Halal Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim telah mengadakan lawatan ke Kilang Gardenia Bakers Maison (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seksyen 26 Shah Alam.

Lawatan Kerja Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Ke Darul Quran JAKIM

 06 Mac 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Lawatan Kerja Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Ke Darul Quran JAKIM diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk Haji Mohamad Nasar Bin Kurdi.

Kunjungan Hormat Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba Dan Delegasi Pusat Pendidikan Albarakah Ke Darul Quran

 14 Mac 2017 |  07 Jul 2017  31 Jul 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba serta delegasi Pusat Pendidikan AlBarakah yang diasaskan penubuhannya oleh penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias.

Lawatan Sambil Belajar: Program Pemantapan Kaedah Pedagogi Al-Quran Guru Ta’lim Daerah Pendang 2017

 03 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran Jakim telah berjaya mengurusetiakan program berbentuk latihan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran kepada Guru-Guru Ta’lim Daerah Pendang dengan kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Pendang dengan Darul Quran Jakim.

Lawatan Pelajar Tadika Khalifah Mukmin (Little Caliphs Batang Kali) Ke Pusat Islam Darul Quran JAKIM

 20 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Warga Darul Quran diceriakan dengan kehadiran seramai 80 orang pelajar dari Tadika Khalifah Mukmin (Little Caliphs Batang Kali)

Lawatan Ke Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau Anjuran Ahli Persidangan Pengetua-Pengetua MTQN

 26 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Ahli Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan telah mengadakan lawatan ke Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia

Lawatan Mahabbah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan UKM Ke Darul Quran JAKIM

|  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan dari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terdiri daripada 4 orang pensyarah dan 10 orang pelajar yang antaranya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran.

Kunjungan Hormat Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Darul Quran

 30 Mac 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh En. Izehari Bin Basar selaku Timbalan Pengarah (Pengurusan) .

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2017/1438

 11 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 208 orang pelajar semester 6 program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2017/1438 yang telah diadakan di Dewan Muktamar pada 11 Februari 2017.

Wacana Ilmiah “Perbezaan Fikrah Islamiah Vs Ukhuwah Islamiah” Dan Perasmian Sahabat YADIM Darul Qura

 07 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Darul Quran telah mencipta sejarah baru di Darul Quran apabila Kelab Persatuan Sahabat YADIM Darul Quran berjaya dirasmikan oleh Dr. Yusri Bin Mohamad selaku Yang Dipertua YADIM.

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM Sesi Pengajian 2017-2020

 02 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 250 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2017-2020 di Dewan Muktamar Darul Quran.

Masyarakat Orang Asli Di Kampung Orang Asli Gerachi Disantuni Pelajar Darul Quran

 05 Nov 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (PERMAS) dengan kerjasama Unit Kemahiran Insaniah Hal Ehwal Pelajar, Darul Quran Jakim serta Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) telah menganjurkan Program Mesra Dakwah Bersama Masyarakat Orang Asli 2.0 di Kampung Orang Asli Gerachi di Kuala Kubu Bharu Selangor pada 5 November 2016.

Persidangan Pengetua-Pengetua MTQN Kali Ke-33 Di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Johor

 25 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan kali ke-33 telah berjaya diadakan di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), anjuran bersama antara Darul Quran JAKIM dan MARSAH.

Ujian Penilaian Sembelihan Sijil Kemahiran Malaysia (Skm) Dan Jamuan Ukhuwah Perdana

 08 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran Jakim melalui Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat telah melaksanakan ujian penilaian kepada perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid bagi unit kompetensi 5 dalam tajuk “Sembelihan”.

170 Orang Calon Menduduki Ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Tahun 2017 Di Kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu

 17 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 170 orang calon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) daripada 200 permohonan bagi tahun 2017 telah hadir untuk mengambil ujian tersebut pada sesi tahun ini. Ujian ini telah diadakan pada 17 April 2017 dan diadakan secara berpusat di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Bakti Huffaz Mahasiswa Darul Quran Bersama Masyarakat Di Sungai Besar

 28 Okt 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT) Darul Quran dengan kerjasama Unit Kemahiran Insaniah Hal Ehwal Pelajar Darul Quran Jakim telah menganjurkan program Bakti Huffaz pada 28-30 Oktober 2016 bersamaan 27-29 Muharram 1438H.

Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa & Tahfiz Mini Kanak-Kanak Sesi 2016 Melabuhkan Tirai

|  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Pusat Islam Darul Quran dengan kerjasama Rakan Pusat Islam (RAPI) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Kelas Pengajian Darul Quran Jakim bagi sesi 2016 dengan jayanya.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim Yang Baru Merasmikan Kursus Pensijilan Pengajaran & Pembelajaran di ILIM

 10 Okt 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Dalam usaha meningkatkan kompetensi para pensyarah, Darul Quran Jakim telah bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menganjurkan Kursus Pensijilan Pengajaran & Pembelajaran yang bermula pada 10-25 Oktober 2016. Kursus selama 12 hari ini telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Bengkel Menanda Skrip Jawapan Peperiksaan Diploma

 29 Mac 2017 |  30 Jun 2017  31 Dis 2017
Seramai 46 orang pensyarah dari Darul Quran dan 12 orang pensyarah dari Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) telah menghadiri Bengkel Menanda Skrip Jawapan Peperiksaan Diploma Semester 2 & 4 Sesi 2016/2017 yang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Mesyuarat Lembaga Darul Quran Kali Ke-31 Bersidang Di Masjid Negara

 29 Mac 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-31 telah berlangsung pada 29 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

Darul Quran Menerima Kunjungan Hormat Dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)

 10 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tujuan UMP mengadakan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.

Kunjungan Hormat Rektor Kitab Ke Darul Quran Jakim

 16 Feb 2017 |  31 Jul 2017  31 Dis 2017
Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) Prof. Madya Dr. Ismail Bin Mat telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran pada 16 Februari 2017.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Upsi Dan Darul Quran Jakim

 14 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Upsi Dan Darul Quran Jakim telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI dan telah dirasmikan oleh YB Senator Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki.

Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz Al-Quran Anjuran Unit Kompetensi & Internship Darul Quran

 03 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Unit Kompetensi & Internship Darul Quran Jakim dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Semester Akhir Program Pensijilan Tahfiz 2017/1438

 13 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 122 orang pelajar semester akhir program Pensijilan Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang telah diadakan di Dewan Muktamar.

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Ke Darul Quran

 18 Nov 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Darul Quran Jakim telah menerima lawatan kerja delegasi daripada kerajaan Negeri Sembilan diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mat Ali Bin Hassan.

Darul Quran Menerima Kunjungan Daripada Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati

 22 Dis 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati telah mengadakan lawatan kerja ke Darul Quran JAKIM

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UIAM Sesi 2017/2018 Dan SIJIL ASAS TAFIZ 2017

 05 Jan 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 122 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UIAM Sesi 2017/2018 dan Sijil Asas Tahfiz 2017 yang diadakan pada 5 Januari 2017 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran.

3,323 Calon Memohon Temuduga Diploma Tahfiz Al-Quran Bagi Tahun 2017

 03 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah mengadakan sesi temuduga pengambilan pelajar baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran bagi sesi pengajian 2017-2020 bermula pada 3-7 April 2017.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara JAKIM Dengan IIUM Dan UTEM

 23 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dengan International Islamic University Malaysia (IIUM) Dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Atase Kebudayaan Arab Saudi

 21 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Atase Kebudayaan Arab Saudi pada 21 Februari 2017. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk menghulurkan salam perkenalan dengan Atase Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia