AKTIVITI

 Senarai ini memaparkan semua Aktiviti termasuk yang sudah diarkibkan dan yang terkini

240 Orang Pelajar Baru Program Diploma Terlibat TRANSKEM 2018

 Dipaparkan sepanjang masa
Menjadi kelaziman di mana-mana institusi pengajian untuk mengadakan minggu orientasi kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar. Tidak terkecuali di Darul Quran. Seramai 240 orang pelajar baru terdiri daripada 122 orang pelajar banin (lelaki) dan 118 orang pelajar banat (perempuan) telah terlibat dalam program Transformasi Kecemerlangan Minda (TRANSKEM) yang diadakan pada 1 hingga 5 Mei 2018.

Kunjungan Hormat MMU Ke DQ

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai tujuh orang delegasi dari Universiti Multimedia (MMU) telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran Jakim pada 14 Mei 2018.

Lawatan Akademik Jawatankuasa Huffaz KPTM Ke DQ

 Dipaparkan sepanjang masa
Bagi memperkasakan bidang pendidikan tinggi tahfiz, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam rangka untuk membangunkan program yang dinamakan Program Pemerkasaan Huffaz. Program ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada pelajar bidang tahfiz bagi menyambung pengajian dalam bidang profesional. Atas maksud dan tujuan tersebut, empat orang delegasi Jawatankuasa Huffaz KPTM telah mengadakan lawatan ke DQ pada 7 Mei 2018 bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan program huffaz profesional memandangkan DQ merupakan sebuah institusi tahfiz yang berpengalaman dalam menjalankan program ini sejak tahun 2000 lagi.

Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2018/2021

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 250 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2018/2021 yang diadakan pada 30 April 2018 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Hajah Zawanah binti Muhammad, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim yang mewakili Ketua Pengarah Jakim.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz Tahun 2018/1439

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 154 orang pelajar dari tiga program pengajian telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz bagi Tahun 2018/1439. Tiga program pengajian tersebut ialah Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM, Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN dan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-CUCMS.

290 Huffaz Duduki Ujian STM 2018

 Dipaparkan sepanjang masa
Darul Quran telah selesai mengadakan ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi tahun 2018 pada 17 dan 18 April 2018. Ujian yang diadakan di satu pusat peperiksaan sahaja iaitu di kampus Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu.

Kunjungan Mahabbah Markaz Tahfiz OKUMP Terengganu Ke DQ

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai enam orang delegasi dari Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) Terengganu telah mengadakan kunjungan mahabbah ke DQ pada 9 April 2018.

DQ Menerima Dua Tetamu Dalam Satu Hari

 Dipaparkan sepanjang masa
Lawatan Sekolah Kebangsaan Kg Idaman Pelabuhan Klang Dan Pusat Pengajian Tafaqquh & Tahfiz Al-Makki Sarawak

MoU Antara DQ Jakim Dengan UiTM Ditandatangani Dalam Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan 2018

 Dipaparkan sepanjang masa
Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Darul Quran Jakim dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah meriah pada 27 Mac 2018.

Buku Perkembangan Pendidikan Tahfiz Dan Kamus Braille Arab-Melayu Dilancar

 Dipaparkan sepanjang masa
Bersempena dengan Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018 pada 27 Mac 2018, DQ telah mengambil inisiatif untuk melancarkan buku Perkembangan Pendidikan Tahfiz Darul Quran Perintis Dinamik. Turut dilancarkan dalam majlis ini ialah Kamus Braille Arab-Melayu hasil kerjasama antara DQ Jakim dengan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018 Berakhir Dengan Jayanya

 Dipaparkan sepanjang masa
Selepas kejayaan menganjurkan Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara pada tahun 2016, Darul Quran dengan Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya sekali lagi bekerjasama dalam menganjurkan Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018. Konvensyen yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2018.

Majlis Perasmian Kelas Tahsin Bacaan Al-Quran Pusat Islam Darul Quran Tahun 2018

 Dipaparkan sepanjang masa
Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin bin Ahmad, dalam suatu majlis yang diadakan pada 25 Mac 2018 telah merasmikan kelas tahsin bagi tahun ini.

Lawatan Ilmiah IQSA ke DQ

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai lima orang delegasi dari Institut Al-Quran Sayyidina Ali (IQSA) Melaka telah mengadakan lawatan ilmiah ke Darul Quran pada 20 Mac 2018.

Pelajar DQ Mendapat Pingat Perak Dan Gangsa Dalam Inova18

 Dipaparkan sepanjang masa
Pada 10 dan 11 Mac 2018, mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah menyertai pertandingan Inovasi Islam dalam Ekspo Inovasi Islam 1439H (Inova18).

Majlis Penyerahan Buku Perkhidmatan Pegawai & Kakitangan DQ

 Dipaparkan sepanjang masa
Pada 14 Mac 2018, pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jakim (BPSM) telah datang ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu bagi sesi penyerahan Buku Perkhidmatan Pegawai Dan Kakitangan yang bertugas di DQ.

Ceramah Memelihara Kesucian Aqidah Islam Oleh Ibu Irena Handono

 Dipaparkan sepanjang masa
Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Darul Quran telah menganjurkan ceramah yang bertajuk “Memelihara Kesucian Islam” pada 14 Mac 2018. Ceramah yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah disampaikan oleh Ibu Irena Handono yang merupakan bekas biarawati dari Indonesia.

Hubungan DQ-IQDAR Terus Diperkukuh

 Dipaparkan sepanjang masa
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Darul Quran Jakim dengan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR)

Pengetua DQ-MTQN Selesai Bersidang Bagi Kali Ke-34

 Dipaparkan sepanjang masa
Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Kali Ke-34

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2018/1439

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 233 orang pelajar semester enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran bagi Tahun 2018/1439. Majlis yang diadakan pada 3 Februari 2018 ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha.

Bengkel Penyelarasan Akademik Antara DQ Dengan IPTA

 Dipaparkan sepanjang masa
Pada 30 Januari 2018, Darul Quran Jakim telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Akademik dengan wakil-wakil enam Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bengkel ini telah diadakan di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi.

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah DQ Ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 35 orang pelajar semester empat Syukbah Dakwah Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran telah berjaya mengadakan program Explore The Golden Generation di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur pada 18 Januari 2018.

“Saudara Baru” Dan Orang Asli Bakal Penghafaz Al-Quran Di DQ

 Dipaparkan sepanjang masa
Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM Sesi 2018/2019 Dan Sijil Asas Tahfiz Al-Quran Sesi 2018

Pendaftaran Pelajar Transisi MTQN Perlis Ke DQ

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 19 orang pelajar transisi Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) Perlis telah sampai ke Darul Quran Jakim dengan menaiki bas Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sekitar jam 5:30 petang pada 9 Januari 2018.

Utusan Malaysia Bekerjasama Dengan DQ Menganjurkan Kem Remaja Tutor Generasi Al-Quran 2017

 Dipaparkan sepanjang masa
Unit Pendidikan Utusan Malaysia dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat julung kalinya telah menganjurkan Kem Remaja Tutor Generasi Al-Quran di Kuala Kubu Bharu, Selangor dari 20 hingga 23 Disember.

Sahabat YADIM DQ Menerima Anugerah Dalam Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2017

 Dipaparkan sepanjang masa
Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Darul Quran buat pertama kalinya telah menyertai Konvensyen Kebangsaan Sahabat Yadim 2017 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

DQ Dipertanggungjawabkan Sebagai Ketua Jawatankuasa Tindakan Bagi Teras 5 DPTN

 Dipaparkan sepanjang masa
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) merupakan satu agenda kerajaan dalam memartabatkan bidang pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia. Pada 20 Mac 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, ketika perasmian Majlis Himpunan 20,000 Huffaz dan perasmian Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) telah mengumumkan bahawa kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini dan YAB Perdana Menteri sendiri akan memberi perhatian secara peribadi kepada pembentukan dan pelaksanaan DPTN ini.

Majlis Perasmian Kursus Pensijilan P&P Pensyarah Darul Quran

 Dipaparkan sepanjang masa
“Kerajaan mengharapkan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang diperkenalkan, huffaz yang bakal dilahirkan kelak mampu menggabungkan komponen ilmu hafazan al-Quran dengan ilmu-ilmu yang lain, yang mengintegrasikan antara ilmu aqli dan naqli. Matlamatnya, agar wujud pengintegrasian antara komponen fikir-zikir, di samping wujudnya keseimbangan antara teks dan konteks atau hafalan dan kefahaman agama ke arah merealisasikan kesejahteraan duniawi serta ukhrawi.”

Pelajar-Pelajar DQ & MTQN Sertai Bakti Huffaz Kebangsaan Kali Ke–2/2017

 Dipaparkan sepanjang masa
Darul Quran Jakim dengan kerjasama Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) dan Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT DQ) telah menganjurkan program Bakti Huffaz bertempat di Pulau Dayang Bunting, Langkawi bermula pada 24 hingga 28 Oktober 2017.

Mahasiswa Usim-Dq Menabur Bakti Merentasi Sempadan Antarabangsa Di Bumi Poland

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 21 orang mahasiswa Semester Dua Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran & Sunnah USIM-Darul Quran dengan kerjasama Muslim Care dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah berjaya mengadakan program khidmat masyarakat bersifat antarabangsa iaitu Global Islamic Student Outreach (GISO) di Warsaw Poland pada 24 Ogos 2017 hingga 2 September 2017.

Lawatan Mahabbah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan UKM Ke Darul Quran JAKIM

 Dipaparkan sepanjang masa
Darul Quran telah menerima kunjungan dari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Delegasi UKM ini telah disertai oleh empat orang pensyarah dan 10 orang pelajar yang antaranya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran.

Darul Quran Meneruskan Kecemerlangan Di Bumi Anbiya’

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 82 orang pelajar lepasan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Darul Quran Jakim telah menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusan Takhassus Qiraat di peringkat Ijazah Sarjana Muda di bawah pengurusan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran Jakim dan Sekreteriat Menyambung Pengajian ke IPTA Dalam Negeri & Timur Tengah atau dikenali dengan nama SMUTEM.

Ahli-Ahli Lembaga Darul Quran Bersidang Kali Ke-32

 19 Jul 2018  Dipaparkan sepanjang masa
Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-32 telah bersidang pada 19 Julai 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

Kunjungan Kedua KPM Ke Darul Quran Jakim

 20 Jul 2018  Dipaparkan sepanjang masa
Darul Quran telah menerima kunjungan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 20 Julai 2017. Lawatan ini merupakan kunjungan kedua dari pihak KPM kerana pada 30 Mac yang lalu, Darul Quran juga telah menerima kunjungan dari Lembaga Peperiksaan KPM yang diketuai oleh En. Izehari Bin Basar yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Pengurusan) bersama enam orang pegawai Lembaga Peperiksaan KPM.

Dato’ Asyraf Wajdi Merasmikan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan 2017 Dan Ekspo Konvokesyen Darul Quran

 Dipaparkan sepanjang masa
Buat julung-julung kalinya, Darul Quran Jakim telah menganjurkan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan yang diadakan serentak bersama ekspo sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-26. Program ini telah diadakan selama lima hari bermula dari 1 hingga 5 Ogos 2017 bertempat di kompleks Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu dan tempat-tempat sukan sekitar Kuala Kubu Bharu.

Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-26 Dirasmikan Oleh Dato’ Asyraf Wajdi

 05 Ogos 2018  Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 615 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran telah bergraduasi dalam sidang yang berlangsung pada 5 Ogos 2017. Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang itu telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Ihtifal Huffaz Kali Ke-6 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Telah Melabuhkan Tirai

 05 Ogos 2017  Dipaparkan sepanjang masa
Setelah lima hari seluruh kontinjen Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri berkampung di kampus Darul Quran Jakim, Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2017 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Jakim akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 5 Ogos 2017. Majlis penutup yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Hajah Zawanah Binti Muhammad

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JAKIM DENGAN IIUM DAN UTEM

 Dipaparkan sepanjang masa
Bagi kelangsungan pemerkasaan program menghuffazkan golongan profesional, Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dengan International Islamic University Malaysia (IIUM) Dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majlis ini telah diadakan pada 23 Mei 2017 bertempat di Dewan Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

35 Graduan Diploma Darul Quran Mendaftar Program Ijazah USIM-DQ

|  01 Jan 2018  01 Mac 2018
Darul Quran telah menerima seramai 35 orang mahasiswa baru bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Quran & Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul Quran bagi sesi akademik 2017-2020. Pengambilan pada sesi kali ini melibatkan 16 orang siswa dan 19 orang siswi dalam kalangan graduan Diploma Darul Quran Jakim yang baru berkonvokesyen pada 5 Ogos 2017. Kesemua siswa siswi ini telah diraikan pada Majlis Sambutan Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ Sesi Akademik 2017/2018 pada 11 September 2017 dan majlis ini telah dirasmikan oleh Pendaftar Darul Quran, Hajah Azizah Binti Che Hassan.

Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran

 Dipaparkan sepanjang masa
Seramai 18 orang pensyarah Darul Quran Jakim dan Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) telah dianugerahkan sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran yang telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara JAKIM Dengan IIUM Dan UTEM

 23 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dengan International Islamic University Malaysia (IIUM) Dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Lawatan Mahabbah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan UKM Ke Darul Quran JAKIM

|  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan dari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terdiri daripada 4 orang pensyarah dan 10 orang pelajar yang antaranya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Semester Akhir Program Pensijilan Tahfiz 2017/1438

 13 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 122 orang pelajar semester akhir program Pensijilan Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang telah diadakan di Dewan Muktamar.

Lawatan Sambil Belajar: Program Pemantapan Kaedah Pedagogi Al-Quran Guru Talim Daerah Pendang 2017

 03 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul QuranJakim telah berjaya mengurusetiakan program berbentuk latihan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran kepada Guru-Guru Talim Daerah Pendang dengan kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Pendang dengan Darul Quran Jakim.

Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz Al-Quran Anjuran Unit Kompetensi & Internship Darul Quran

 03 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Unit Kompetensi & Internship Darul Quran Jakim dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran.

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM Sesi Pengajian 2017-2020

 02 Mei 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 250 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2017-2020 di Dewan Muktamar Darul Quran.

Lawatan Ke Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau Anjuran Ahli Persidangan Pengetua-Pengetua MTQN

 26 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Ahli Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan telah mengadakan lawatan ke Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia

Persidangan Pengetua-Pengetua MTQN Kali Ke-33 Di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Johor

 25 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan kali ke-33 telah berjaya diadakan di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), anjuran bersama antara Darul Quran JAKIM dan MARSAH.

Lawatan Pelajar Tadika Khalifah Mukmin (Little Caliphs Batang Kali) Ke Pusat Islam Darul Quran JAKIM

 20 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Warga Darul Quran diceriakan dengan kehadiran seramai 80 orang pelajar dari Tadika Khalifah Mukmin (Little Caliphs Batang Kali)

Lawatan Penanda Aras Lembaga Maktab Mahmud, Kedah Diketuai Oleh Encik Nasrun Bin Dato Mohd Sheriff

 20 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan daripada 32 orang peserta lawatan yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga, pengetua-pengetua, pegawai-pegawai pengurusan dan guru-guru dari Maktab Mahmud Kedah.

Bengkel Pemantapan Ilmu Qiraat Anjuran Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship Darul Quran

 19 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 28 orang pensyarah-pensyarah Qiraat dari Darul Quran dan Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) dari seluruh Malaysia telah berkampung di Institut Tanah & Ukur Negara (INSTUN) untuk mengikuti Bengkel Pemantapan Ilmu Qiraat. Bengkel ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship Darul Quran dengan kerjasama Jabatan Pengajian Al-Quran & Qiraat Darul Quran.

170 Orang Calon Menduduki Ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Tahun 2017 Di Kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu

 17 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 170 orang calon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) daripada 200 permohonan bagi tahun 2017 telah hadir untuk mengambil ujian tersebut pada sesi tahun ini. Ujian ini telah diadakan pada 17 April 2017 dan diadakan secara berpusat di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Kunjungan Hormat Mengadap Duta Besar Republik Arab Mesir Ke Malaysia

 13 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat mengadap TYT Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Salah Mohi Eldin Elwassimy.

Ujian Penilaian Sembelihan Sijil Kemahiran Malaysia (Skm) Dan Jamuan Ukhuwah Perdana

 08 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran Jakim melalui Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat telah melaksanakan ujian penilaian kepada perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid bagi unit kompetensi 5 dalam tajuk Sembelihan.

3,323 Calon Memohon Temuduga Diploma Tahfiz Al-Quran Bagi Tahun 2017

 03 Apr 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah mengadakan sesi temuduga pengambilan pelajar baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran bagi sesi pengajian 2017-2020 bermula pada 3-7 April 2017.

Kunjungan Hormat Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Darul Quran

 30 Mac 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh En. Izehari Bin Basar selaku Timbalan Pengarah (Pengurusan) .

Bengkel Menanda Skrip Jawapan Peperiksaan Diploma

 29 Mac 2017 |  30 Jun 2017  31 Dis 2017
Seramai 46 orang pensyarah dari Darul Quran dan 12 orang pensyarah dari Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) telah menghadiri Bengkel Menanda Skrip Jawapan Peperiksaan Diploma Semester 2 & 4 Sesi 2016/2017 yang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Mesyuarat Lembaga Darul Quran Kali Ke-31 Bersidang Di Masjid Negara

 29 Mac 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-31 telah berlangsung pada 29 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Dato Haji Othman Bin Mustapha.

Kunjungan Hormat Prof. Dato Dr. Sidek Baba Dan Delegasi Pusat Pendidikan Albarakah Ke Darul Quran

 14 Mac 2017 |  07 Jul 2017  31 Jul 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dato Dr. Sidek Baba serta delegasi Pusat Pendidikan AlBarakah yang diasaskan penubuhannya oleh penceramah terkenal, Dato Ustaz Kazim Elias.

Lawatan Kerja Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Ke Darul Quran JAKIM

 06 Mac 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Lawatan Kerja Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Ke Darul Quran JAKIM diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk Haji Mohamad Nasar Bin Kurdi.

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Atase Kebudayaan Arab Saudi

 21 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Atase Kebudayaan Arab Saudi pada 21 Februari 2017. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk menghulurkan salam perkenalan dengan Atase Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia

Kunjungan Hormat Rektor Kitab Ke Darul Quran Jakim

 16 Feb 2017 |  31 Jul 2017  31 Dis 2017
Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) Prof. Madya Dr. Ismail Bin Mat telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran pada 16 Februari 2017.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Upsi Dan Darul Quran Jakim

 14 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Upsi Dan Darul Quran Jakim telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI dan telah dirasmikan oleh YB Senator Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato Dusuki.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2017/1438

 11 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 208 orang pelajar semester 6 program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2017/1438 yang telah diadakan di Dewan Muktamar pada 11 Februari 2017.

Darul Quran Menerima Kunjungan Hormat Dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)

 10 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Darul Quran telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tujuan UMP mengadakan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.

Halal Walk In

 07 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 22 orang pelajar Semester Empat Syukbah Halal Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim telah mengadakan lawatan ke Kilang Gardenia Bakers Maison (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seksyen 26 Shah Alam.

Wacana Ilmiah Perbezaan Fikrah Islamiah Vs Ukhuwah Islamiah Dan Perasmian Sahabat YADIM Darul Qura

 07 Feb 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Darul Quran telah mencipta sejarah baru di Darul Quran apabila Kelab Persatuan Sahabat YADIM Darul Quran berjaya dirasmikan oleh Dr. Yusri Bin Mohamad selaku Yang Dipertua YADIM.

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UIAM Sesi 2017/2018 Dan SIJIL ASAS TAFIZ 2017

 05 Jan 2017 |  07 Jul 2017  31 Dis 2017
Seramai 122 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UIAM Sesi 2017/2018 dan Sijil Asas Tahfiz 2017 yang diadakan pada 5 Januari 2017 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran.

Darul Quran Menerima Kunjungan Daripada Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati

 22 Dis 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati telah mengadakan lawatan kerja ke Darul Quran JAKIM

Masyarakat Orang Asli Di Kampung Orang Asli Gerachi Disantuni Pelajar Darul Quran

 05 Nov 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (PERMAS) dengan kerjasama Unit Kemahiran Insaniah Hal Ehwal Pelajar, Darul Quran Jakim serta Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) telah menganjurkan Program Mesra Dakwah Bersama Masyarakat Orang Asli 2.0 di Kampung Orang Asli Gerachi di Kuala Kubu Bharu Selangor pada 5 November 2016.

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Ke Darul Quran

 18 Nov 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Darul Quran Jakim telah menerima lawatan kerja delegasi daripada kerajaan Negeri Sembilan diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan, Dato Haji Mat Ali Bin Hassan.

Simposium Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Berakhir Dengan Jayanya

 22 Nov 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Darul Quran Jakim telah menganjurkan Simposium Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang berlangsung pada 22-24 November 2016 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bakti Huffaz Mahasiswa Darul Quran Bersama Masyarakat Di Sungai Besar

 28 Okt 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT) Darul Quran dengan kerjasama Unit Kemahiran Insaniah Hal Ehwal Pelajar Darul Quran Jakim telah menganjurkan program Bakti Huffaz pada 28-30 Oktober 2016 bersamaan 27-29 Muharram 1438H.

Lawatan Mahabbah Dari KUIN Ke Darul Quran

|  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Darul Quran telah menerima kunjungan mesra delegasi daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil, Kedah. Delegasi KUIN ini terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan dan pensyarah-pensyarah daripada Kuliyyah Al-Quran & Sunnah.

Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa & Tahfiz Mini Kanak-Kanak Sesi 2016 Melabuhkan Tirai

|  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Pusat Islam Darul Quran dengan kerjasama Rakan Pusat Islam (RAPI) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Kelas Pengajian Darul Quran Jakim bagi sesi 2016 dengan jayanya.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim Yang Baru Merasmikan Kursus Pensijilan Pengajaran & Pembelajaran di ILIM

 10 Okt 2016 |  01 Jul 2016  31 Dis 2016
Dalam usaha meningkatkan kompetensi para pensyarah, Darul Quran Jakim telah bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menganjurkan Kursus Pensijilan Pengajaran & Pembelajaran yang bermula pada 10-25 Oktober 2016. Kursus selama 12 hari ini telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.