Analisis Kejayaan Pelajar Tahfiz Arus Perdana dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran: Faktor dan Cabaran

Penulis
Kamarul Irfan bin Kamarul Arifin
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan cabaran yang mempengaruhi pelajar tahfiz arus perdana dari Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran (MTHQ) di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah secara kualitatif melalui temu bual Bersama enam responden yang mempunyai pencapaian yang memberangsangkan dalam Majlis Hafazan al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor guru tasmik, penyertaan dalam akademi al-Quran dan inspirasi daripada rakan-rakan memainkan peranan penting dalam mendorong pelajar menyertai Majlis Hafazan al-Quran. Responden menunjukkan pengurusan masa yang efektif, disiplin yang tinggi dan sanggup mengorbankan waktu lapang mereka demi mencapai sasaran pengulangan hafazan yang mereka tetapkan. Namun, mereka juga menghadapi cabaran seperti kehilangan motivasi, futur iaitu keazaman yang reda setelah bersemangat dan aktif, gangguan gajet, penurunan semangat selepas mengkhatamkan hafazan, gangguan mental dan emosi dalam mengekalkan momentum semasa mengulang hafazan. Tuntasnya, sokongan berterusan daripada institusi pendidikan, guru dan rakan-rakan adalah penting untuk membantu pelajar mengekalkan motivasi dan disiplin mereka. Kajian ini sekaligus membuktikan keberkesanan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) Ulul Albab MARA dalam melahirkan pelajar tahfiz yang cemerlang dalam bidang hafazan al-Quran dan akademik. Aplikasi kajian ini boleh digunakan oleh institusi pendidikan tahfiz untuk memahami dan menangani cabaran yang dihadapi oleh pelajar, serta memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sumbangan kajian ini adalah untuk
memberikan pandangan yang mendalam tentang faktor kejayaan dan cabaran pelajar tahfiz arus perdana dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al- Quran, yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tahfiz di Malaysia.

Rujukan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2016), Sambutan Jubli Emas Darul Quran
Dr. Ahmad Mokhtar Omar. (2008), Mu‟jam al-Lughah al- Arabiyyah al-Mu‟asirah, Kaherah: Alamal Kutub.
Majma‟ al-Lughah al-Arabiyyah. (2004), al-Mu‟jam al-Wasit, Kaherah: Maktabah Al-Syuruq Al-Dawliyyah.
Safwat Mahmud Salim. (2003), Fathu Rabbil Bariyyah Syarhal-Muqaddimah al-Jazariyyah, Jeddah: Dar Nur al-Maktabat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sejarah Pertandingan MTHQK, https://mthqk.islam.gov.my/sejarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 19 Orang Pelajar DQ Sertai Ihtifal IPT Peringkat Kebangsaan Anjuran UNITEN, https://www.islam.gov.my/en/berita/4019-19-orangpelajar-
dq-sertai-ihtifal-ipt-peringkat-kebangsaan-anjuranuniten,7 Disember 2023
Management & Science University, MSU Quranic League 024,https://www.msu.edu.my/MSUexps/April2024 Quranic-League-by-Centre-for-Fundamental-Studies
Yayasan Pendidikan ITQAN, Pertandingan al-Quran, https://itqanalquran.org/ms/quranic-contests
Muhammad Asyraf bin Amir (SPM 2023 SMKA Maahad Muar) – Tempat ketiga Hafazan 1-20 Juzuk Kebangsaan 2023.
Muhammad Alif Haikal bin Rezal (SPM 2024 MRSM Gemencheh) – Johan Hafazan 1-30 Juzuk Negeri Sembilan 2024.
Muhammad Fathi Safwan bin Eshak (SPM 2023 SMKA Kota Kinabalu) – Tempat ketiga Hafazan 1-10 Juzuk Negeri Sabah 2021,2022,2023.
Mohammad Khayruddin Zakwan bin Jaimis (Pelajar Tingkatan 4 2025 SMKA Kota Kinabalu) – Johan Hafazan 1-10 Juzuk Kebangsaan 2025. Afif Danish bin Afifi (Pelajar Tingkatan 4 2025 SMKA Maahad Muar Johor) – Tempat ketiga Hafazan 1-10 Juzuk Negeri Johor 2025.
Danish Farhan bin Abdul Razak (SPM 2023 MRSM Kepala Batas) – Naib Johan Hafazan 1-10 Juzuk Kebangsaan 2022.