Bantuan Kebolehcapaian

Skip to main content

eJurnal


Pandangan Falsafah Barat Moden dan Islam Terhadap Alam Semula Jadi dan Bencana Alam

Bil. 29 Tahun 2025

Jurnal Darul Quran Bil. 29 Tahun 2025

Diterbitkan : 31 Oktober 2025

Penulis

Zulfiqar bin Mohd Yusof
Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin

Abstrak

Bencana alam merujuk kepada peristiwa yang berlaku sama ada secara semula jadi atau kesan daripada aktiviti manusia. Bencana alam membawa kesan buruk kepada kehidupan manusia, flora dan fauna yang menghuni alam semula jadi ciptaan Allah S.W.T. Bencana alam memberikan pengajaran betapa pentingnya perancangan pembangunan lestari. Pembangunan lestari berusaha untuk memastikan pembangunan dan kemajuan berlaku dengan cara yang tidak merosakkan alam semula jadi, serta mengambil kira kesejahteraan masyarakat. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan perbezaan pandangan antara falsafah Barat moden dengan Islam terhadap alam semula jadi dan bencana alam. Permasalahan kajian ini adalah bagaimana kedua-dua perspektif ini memberikan tafsiran yang berbeza berkenaan alam semula jadi dan bencana alam. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis sudut pandang falsafah Barat moden dan Islam terhadap alam semula jadi dan bencana alam. Kajian ini juga melakukan perbandingan antara kedua-dua sudut pandangan tersebut bagi mengenal pasti punca dan kesan bencana alam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan membincangkan pandangan ahli-ahli falsafah Barat moden dan sumber-sumber Islam seperti al-Quran, hadis serta pandangan ulama terhadap alam semula jadi dan bencana alam. Dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti manusia yang dipengaruhi falsafah Barat moden menjadi punca berlaku kerosakan terhadap alam semula jadi sehingga menyebabkan berlaku bencana alam. Islam mempunyai pandangan bahawa manusia bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di bumi ini.

Rujukan

Azizah Hamzah. (2004). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6 (1), 1-10.
Ahmad Sunawari Long. (2021). Sejarah falsafah (2nd ed.). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Nazeer Che Mat & Nafisah Osman. (2021, Julai). Kesan perubahan iklim. Dewan Kosmik, 7, 56-57.
Ahmad Khairul Ridhwan Mohamed Hanif. (2022, Mei 27). Pembalakan haram: Sampai bila ia akan berleluasa? Perspektif, 9, 1-9.
Bujang BK Huat. (2007). Gempa bumi – bumi yang bergegar. Era Hijau, 4, 10-11.
Bujang BK Huat. (2007). Siklon tropika, ribut, taufan dan pemanasan global. Era Hijau, 4, 14-15.
Chong, M. W. (2007). Penebangan hutan – bencana kerana tabiat 'tak-pa'. Era Hijau, 4, 6-7.
Dutfield, S. (2021, November 18). 8 of the biggest natural disasters in history. https://www.livescience.com/biggestnatural-disasters-throughout-history
Fiqriyah MK, Suraya S & Baba Musta. (2022). Analisis perbandingan fenomena gempa bumi daripada perspektif Islam dan Kristian, Islamiyyat, 44 (1), 13-25.
Haryati Shafii. (2021, Disember 15). Masyarakat perlu peka, tingkat kesedaran terhadap bencana alam.