Accessibility Tools

Skip to main content

eJurnal


Inovasi Pembelajaran Al-Quran untuk Orang Kurang Upaya Autisme di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Bil. 29 Tahun 2025

Jurnal Darul Quran Bil. 29 Tahun 2025

Diterbitkan : 31 October 2025

Penulis

Muhammad Hafiz Bukhari bin Mohd Khadari
Ahmad Muttaqin bin Kamal Bahri
Wan Suraya binti Wan Nik

Abstrak

Pembelajaran al-Quran di era globalisasi hari ini telah berkembang maju terutama di Malaysia khas bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Autisme atau Gangguan Spektrum Autisme (ASD) merujuk kepada kelainan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan berkomunikasi, berinteraksi sosial, dan belajar. Sehubungan dengan itu, kaedah yang tepat mestilah dibina dan dibentuk bagi membantu golongan ini untuk mempelajari serta menguasai kemahiran-kemahiran al-Quran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membantu golongan OKU Autisme khasnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi mempelajari al-Quran dengan kaedah yang mudah diakses serta bertepatan dengan keperluan mereka. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis masalah-masalah OKU Autisme di UIAM yang menjadi cabaran kepada mereka dalam mempelajari ilmu al-Quran. Seterusnya, tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan faedah-faedah inovasi pembelajaran ilmu al-Quran OKU Autisme. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif di mana temu bual dengan empat orang pakar dalam bidang ini termasuk bidang pembelajaran bagi OKU Autisme dan al-Quran. Selain itu, kaedah tinjauan literatur juga dilakukan di mana kajian-kajian terdahulu berkaitan autism dan al-Quran diteliti dan dikaji. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu golongan OKU Autisme keseluruhannya dalam mempelajari al-Quran serta inovasi yang diutarakan perlu diberikan perhatian.

Rujukan

Early Autism Project Malaysia. (2024), Apa itu Autisme – Early Autism Project Malaysia. https://www.autismmalaysia.com/ms/apa-itu-autisme

Hidayat, L. A., Rahmatullah, A. S., & Aziz, A. N. (2023). Strengthening the Psychological Aspects of Autistic Children through Islamic Learning Methodology. https://doi.org/10.37680/scaffolding.v5i1.2272

Silva, M. D. A. da, & Araújo, F. R. D. (2024). School environment: challenges and influence on the neurological development of children with autistic spectrum disorder - asd. Revista Ibero-Americana de Humanidades, Ciências e Educação. https://doi.org/10.51891/rease.v10i5.13964

Tanaka, A. H., Belinello, G. C. E., & Belinello, R. C. E. (2024). Educação Inclusiva e Comportamento no Transtorno do Espectro Autista: Desafios e Estratégias de Intervenção
para a Promoção do Desenvolvimento Escolar. RCMOS, 1(2). https://doi.org/10.51473/rcmos.v1i2.2024.703


Souza, I. V. de, & Lira, A. B. de S. (2024). Autism at school: An invitation to reflect on accessibility and inclusion. https://doi.org/10.56238/sevenvmulti2024-067

Mou, X. (2024). A Study on the Development of a Specialized Curriculum for Inclusion Classes for Children with Autism in Elementary Schools. 1(3), 35–41. https://doi.org/10.70088/0138m421