Kritik Matan Berunsur Mujazafah: Analisis Terhadap Hadis-Hadis Terpilih

Penulis
Nur Muhammad Anas Mohd Razak
Mohd Arif Nazri
Latifah Abdul Majid
Abstrak
Sejarah telah membuktikan bahawa ahli-ahli hadis telah berusaha dengan gigih dalam memelihara kesucian hadis Nabi SAW selain memastikan ia terpelihara daripada penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam usaha melanjutkan peranan ini, kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan kaedah mengenal pasti hadis palsu, khususnya melalui analisis matan yang berunsur mujāzafah. Kajian dilakukan terhadap beberapa hadis palsu terpilih menggunakan metodologi kepustakaan, dengan analisis data melalui metode induktif dan analisis kandungan. Hasil kajian mengenal pasti tiga kriteria utama hadis palsu yang mengandungi unsur mujāzafah, iaitu perumpamaan yang melampau, ancaman keterlaluan dan ganjaran berlebihan. Kajian ini memberikan implikasi positif dalam menangani penyebaran hadis palsu yang semakin berleluasa dalam masyarakat. Diharapkan, kajian ini dapat menyumbang kepada bidang kritik hadis serta meningkatkan kesedaran umat Islam agar lebih berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan hadis, sekali gus menjaga martabat hadis Nabi SAW sebagai sumber utama dalam agama Islam.
Rujukan
Al-Albānī, M. N. al-D. 1992. Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍaʿīfah wa al-Mawḍūʿah. Riyadh: Dār al-Maʿārif.
Al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismāʿīl. 2001. Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Damsyik: Dār Tuq al-Najāh.
Al-Daylamī, S. bin S. 1986. al-Firdaws bimaʾthūr al-Khiṭṭāb. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Dumaynī, M. G. A. 1984. Maqāyīs Naqd Mutūn al-Sunnah. Riyadh: Jāmiʿah al-Imām Muḥammad bin al-Suʿūd al-
Islāmiyyah.
Al-Fattanī, M. Ṭāhir. 1979. Tadhkirah al-Mawḍūʿāt. Beirut: Dār al-Iḥyāʾ al-Turāth al-ʿArabī.
Al-Ghazālī, M. bin M. 1993. al-Mustaṣfā. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Ḥarbī, N. Ḥamdān. 2015. Maʿāyīr Naqd al-Matan ʿind al-Imām al-Khaṭṭābī. Taibah University.
Al-Ṣaghānī, al-Ḥasan bin M. 1980. Mawḍūʿāt al-Ṣaghānī. Damsyik: Dār al-Maʾmūn li al-Turāth.