Accessibility Tools

Skip to main content

eJurnal


Penyelewengan Akidah Melalui Naratif Israiliyyat Berunsurkan Khurafat : Satu Tinjauan

Bil. 29 Tahun 2025

Jurnal Darul Quran Bil. 29 Tahun 2025

Diterbitkan : 31 October 2025

Penulis

Muhammad Amrin Razikin bin Abdul Razak

Abstrak

Israiliyyat merupakan elemen yang berasal daripada tradisi Yahudi yang telah diserap masuk ke dalam lektur Islam, khususnya melalui kitab tafsir al-Quran. Sebahagian daripada cerita ini tidak memiliki asas yang sahih dalam ajaran Islam, bahkan ada yang mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah yang benar. Artikel ini membincangkan kesan negatif akidah seorang muslim jika mempercayai Israiliyyat yang terkandung dalamnya unsur khurafat. Khurafat merujuk kepada amalan atau kepercayaan yang tidak berlandaskan kepada ajaran Islam yang sahih, yang sering kali berakar umbi dalam mitos dan cerita yang tidak benar. Dalam kajian ini, akan diterangkan definisi kedua-dua istilah tersebut, diikuti dengan perbincangan tentang hubungan antara Israiliyyat dan khurafat. Artikel ini turut mengemukakan beberapa contoh khurafat yang terdapat dalam naratif Israiliyyat, serta menganalisis kepercayaan kepada khurafat itu boleh memberi impak negatif terhadap akidah seorang muslim. Metodologi kajian yang diaplikasikan penulis adalah kualitatif berbentuk kajian kepustakaan, dengan meneliti dan menganalisis sumber-sumber sekunder. Dapatan kajian ini mengingatkan umat Islam agar berhati-hati dalam menerima cerita-cerita yang tidak jelas asal usulnya demi menjaga kesucian akidah.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

al-Dhahabi, D. M. (1996). Kisah Israiliyyat Dalam Tafsir Dan Hadith. Johor Bahru: Jahabersa.

al-Suyuti, . b. (1996). al-Laali' al-Masyru'at fi al-Ahadith al-Maudhu'at. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

Baharom, H. N. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dahlan, A. A. (1999). Ensiklopedia Hukum Islam. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Houeve.

Ishak Hj. Sulaiman (1998), Israi'liyyat dalam Pengajian Tafsir dan Sunnah, Jurnal Usuluddin, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Mohd Anuar Ramli, S. A. (2014). Kepercayaan Kenan Dalam Masyarakat Melayu: Kajian Dari Perspektif Hukum Islam. Jurnal Manusia Dan Masyarakat, 35.

Muhammad bin Isma'il (2002), Sahih al-Bukhari, Riyadh: Dar Turuq al-Najah.

Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi (1954), Sahih Muslim, Beirut:Dar al-Ihya al-Turath al-Arabi.