KENYATAAN SEBUTHARGA BAGI MENYEWA DAN MENGURUSKAN PREMIS MAKANAN BERMASAK DI DARUL QURAN

1. Sebutharga adalah dipelawa kepada semua peniaga BUMIPUTERA yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 040102 dan 040103 untuk Menyewa Dan Menguruskan Premis Makanan Bermasak di Darul Quran JAKIM seperti berikut:

NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA
KOD BIDANG
TARIKH IKLAN
TARIKH  DITUTUP
HARGA DOKUMEN (RM)
1. DARUL QURAN JAKIM BIL.4/2022
 
SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENGURUSKAN SATU (1) LOT GERAI DI DEWAN MAKAN A, DARUL QURAN JAKIM
040102
Makanan Dan Minuman (Tin, Botol Dan Bungkus)
 
 
040103
Makanan Bermasak Islam
26 September 2022
(Isnin)
11 Oktober 2022
(Selasa)
pada
Jam 12.00 tengah hari.
 
Sebutharga Yang Lewat Diterima
Tidak Akan Dilayan
Percuma
2. DARUL QURAN JAKIM BIL.5/2022
 
SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENGURUSKAN KAFETERIA DI DEWAN MAKAN B, DARUL QURAN JAKIM
3. DARUL QURAN JAKIM BIL.6/2022
 
SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENGURUSKAN KAFETERIA PENTADBIRAN DI DARUL QURAN JAKIM

 

2. Peringatan: Peniaga yang berminat menyertai Sebutharga ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK yang akan diadakan seperti berikut:
  • TARIKH : 29 September 2022 (Khamis)
  • MASA : 9.00 pagi – 9.30 pagi (Pendaftaran) | 9.30 (Taklimat)
  • TEMPAT : Dewan Makan A, Darul Quran JAKIM, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan
 
3. Dokumen Sebutharga boleh didapati semasa lawatan tapak dilaksanakan.
 
4. Dokumen sebutharga yang lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul dan dialamatkan kepada Pengarah Darul Quran JAKIM, Jalan Hamzah, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup sebutharga. Sebutharga  yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.
 
5. Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini, bolehlah menghubungi Encik Mohamed Ismail bin Mohamed Yusof atau Puan Noraidah binti Dawod di talian 03-60635384 / 03-60635353 / 03-60635333 (waktu pejabat).
 
Alamatkan kepada:
 
Pengarah,
Darul Quran JAKIM,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan

Keterangan
Iklan sebutharga sewaan premis Kafeteria Darul Quran.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader