PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN, DARUL QURAN JAKIM-IIUM SESI 2026/2027
Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam program yang ditawarkan seperti berikut:
|
No. |
Kod UPU |
Program |
|
1 |
UY0000002 |
Asasi Sains Fizikal |
|
2 |
UY0000003 |
Asasi Sains Kesihatan Bersekutu |
|
3 |
UY0000004 |
Asasi Kejururawatan |
|
4 |
UY0000005 |
Asasi Farmasi |
|
5 |
UY0000007 |
Asasi Undang-Undang |
|
6 |
UY0000009 |
Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar |
|
7 |
UY0000013 |
Asasi Sains Hayat |
|
8 |
UY0000018 |
Asasi Perubatan |
|
9 |
UY0000019 |
Asasi Pergigian |
|
10 |
UY0520001 |
Asasi Kejuruteraan |
Untuk mengetahui lebih lanjut syarat khas kemasukan, sila layari pautan berikut : https://division.iium.edu.my/amad/admission-2/
| SYARAT-SYARAT PERMOHONAN |
- Warganegara Malaysia
- Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak Sahaja.
- Tidak Berkahwin
- Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2025 SAHAJA dengan mendapat :
i. Minima Gred B bagi mana-mana satu (1) mata pelajaran dalam kumpulan berikut;
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Islam / Usul al-Din / Turath al- Quran dan al-Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-‘Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Hifz al-Quran
ii. Minima Gred B bagi mata pelajaran berikut;
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Bahasa Inggeris
iii. Minima Gred C bagi semua mata pelajaran berikut;
- Sejarah
- Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al- Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
iv. Memenuhi syarat khas program Asasi UIAM bagi program yang ditawarkan di atas. Untuk mengetahui lebih lanjut syarat khas kemasukan, sila layari pautan berikut : https://division.iium.edu.my/amad/admission-2/
v. Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan
PERINGATAN
Pemohon hendaklah memilih UIAM sebagai Pilihan Pertama melalui UPUOnline (sebagai Prasyarat Kelayakan).
| TEMU DUGA |
- Calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan sahaja akan ditapis untuk sesi temu duga.
- Tarikh semakan layak temu duga : 8 Januari 2026
- Tarikh temu duga : 14 & 15 Januari 2026 di Darul Quran JAKIM
| BIASISWA & PENGINAPAN |
- Biasiswa ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian ini dan penginapan disediakan sepanjang tempoh pengajian di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, Selangor.
| TEMPOH PENGAJIAN |
- Tempoh pengajian bagi program ini adalah 16 bulan (Februari 2026 hingga Mei 2027).
| YURAN PENGAJIAN |
- Tiada yuran pengajian (Pengajian di Darul Quran JAKIM).
- Hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan.
| CARA MEMOHON |
- Permohonan calon SPM 2025 adalah menggunakan Percubaan SPM 2025 atau Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (Tahun 2025 sahaja) dan wajib mendapatkan cop pengesahan daripada pihak sekolah.
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dan hendaklah diisi dengan lengkap menerusi https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon (dalam tempoh iklan sahaja). Borang perlu dicetak dan dibawa semasa menghadiri sesi temu duga.
- Calon dinasihati melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran JAKIM dari semasa ke semasa bagi mendapatkan informasi dan hebahan terkini.
- Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 1 Januari 2026.
- Tarikh pendaftaran / kemasukan ke Darul Quran JAKIM adalah pada 9 Februari 2026.
- Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-60635333 atau melalui emel
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
| MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN |
- Tarikh semakan keputusan layak temu duga dan keputusan berjaya dalam temu duga pada 26 hingga 28 Januari 2026 menerusi https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon di bahagian menu ‘SEMAKAN’.
- Calon-calon adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 9 Februari 2026.