Bantuan Kebolehcapaian

Skip to main content

Pengumuman


  • Utama
  • Pengumuman
  • PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN, DARUL QURAN JAKIM-IIUM SESI 2026/2027

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN, DARUL QURAN JAKIM-IIUM SESI 2026/2027

Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam program yang ditawarkan seperti berikut:

No.

Kod UPU

Program

1

UY0000002

Asasi Sains Fizikal

2

UY0000003

Asasi Sains Kesihatan Bersekutu

3

UY0000004

Asasi Kejururawatan

4

UY0000005

Asasi Farmasi

5

UY0000007

Asasi Undang-Undang

6

UY0000009

Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar

7

UY0000013

Asasi Sains Hayat

8

UY0000018

Asasi Perubatan

9

UY0000019

Asasi Pergigian

10

UY0520001

Asasi Kejuruteraan

Untuk mengetahui lebih lanjut syarat khas kemasukan, sila layari pautan berikut :  https://division.iium.edu.my/amad/admission-2/

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak Sahaja.
  • Tidak Berkahwin
  • Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2025 SAHAJA dengan mendapat :

i.  Minima Gred B bagi mana-mana satu (1) mata pelajaran dalam kumpulan berikut;

Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Islam / Usul al-Din / Turath al- Quran dan al-Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-‘Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Hifz al-Quran

ii.  Minima Gred B bagi mata pelajaran berikut;

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Bahasa Inggeris

iii.  Minima Gred C bagi semua mata pelajaran berikut;
  • Sejarah
  • Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al- Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab

iv.  Memenuhi syarat khas program Asasi UIAM bagi program yang ditawarkan di atas. Untuk mengetahui lebih lanjut syarat khas kemasukan, sila layari pautan berikut :
https://division.iium.edu.my/amad/admission-2/

v.  Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan


PERINGATAN

Pemohon hendaklah memilih UIAM sebagai Pilihan Pertama melalui UPUOnline (sebagai Prasyarat Kelayakan).

TEMU DUGA

 

  • Calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan sahaja akan ditapis untuk sesi temu duga.
  • Tarikh semakan layak temu duga : 8 Januari 2026
  • Tarikh temu duga : 14 & 15 Januari 2026 di Darul Quran JAKIM

BIASISWA & PENGINAPAN

  • Biasiswa ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian ini dan penginapan disediakan sepanjang tempoh pengajian di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, Selangor.
TEMPOH PENGAJIAN

  • Tempoh pengajian bagi program ini adalah 16 bulan (Februari 2026 hingga Mei 2027).

YURAN PENGAJIAN
  • Tiada yuran pengajian (Pengajian di Darul Quran JAKIM).
  • Hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan.

CARA MEMOHON

  • Permohonan calon SPM 2025 adalah menggunakan Percubaan SPM 2025 atau Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (Tahun 2025 sahaja) dan wajib mendapatkan cop pengesahan daripada pihak sekolah.
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dan hendaklah diisi dengan lengkap menerusi https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon (dalam tempoh iklan sahaja). Borang perlu dicetak dan dibawa semasa menghadiri sesi temu duga.
  • Calon dinasihati melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran JAKIM dari semasa ke semasa bagi mendapatkan informasi dan hebahan terkini.
  • Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 1 Januari 2026.
  • Tarikh pendaftaran / kemasukan ke Darul Quran JAKIM adalah pada 9 Februari 2026.
  • Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-60635333 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN

  • Tarikh semakan keputusan layak temu duga dan keputusan berjaya dalam temu duga pada 26 hingga 28 Januari 2026 menerusi https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon di bahagian menu ‘SEMAKAN’.
  • Calon-calon adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 9 Februari 2026.