Latar Belakang
Penubuhan Darul Quran JAKIM bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.
Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.
Visi
Melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah.
Misi
Falsafah
Jalinan antara Hifz Al-Quran dan Ulum Islamiyyah serta akhlak mahmudah pemangkin ke arah membentuk huffaz yang cemerlang dan ummah yang dinamik.
Objektif
-
Melahirkan huffaz, (Hafiz & Hafizah) yang mahir dalam pembacaan dan pengajian ilmu al-Quran dan pengajian Islam bagi memelihara kesucian dan kesahihan al-Quran serta menyelesaikan isu-isu keagamaan dalam masyarakat.
-
Melahirkan qurra' (Ahli Qiraat) yang mahir dalam bacaan al-Quran dan al-Qiraat.
-
Melahirkan du'at (Pendakwah), pendidik dan imam yang terlatih serta profesional melalui pengajian ilmu-ilmu al-Quran dan pengajian Islam.
Dasar Kualiti
-
DQ komited terhadap pengendalian Program Diploma dan Sijil Tahfiz Al-Quran dilaksanakan dengan sistematik, mematuhi keperluan syariah, cekap dan berkesan.
-
DQ akan memastikan keperluan pelanggan dipenuhi serta penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan berasaskan piawaian ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014.
Fungsi
-
Melaksana pendidikan tahfiz al-Quran
-
Pusat rujukan pengajian tahfiz al-Quran dan Qiraat di Malaysia
-
Melaksana latihan & kompetensi pensyarah bidang tahfiz al-Quran
-
Melaksana kajian & penyelidikan bidang pengajian tahfiz al-Quran