Bantuan Kebolehcapaian

Skip to main content

Interpretasi Logo Darul Quran JAKIM


  • Bentuk kitab terbuka di atas simbolik kepada al-Quran dan hadis yang merupakan dua bidang teras di samping rujukan utama dalam pembinaan dan pengembangan ilmu bagi melahirkan generasi rabbani.
  • Bentuk rehal yang sinonim dengan masyarakat Islam sebagai alas al-Quran simbolik kepada teguhnya pegangan al-Quran yang menjadi prinsip kepada umat Islam.
  • Bentuk kubah yang melambangkan syiar Islam yang merupakan panji kepada Umat Islam yang dibawa oleh Darul Quran JAKIM dan kerajaan Malaysia.
  • Empat tiang yang membentuk kubah melambangkan teras pegangan masyarakat di Malaysia yang berpegang kepada sumber al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.
  • Perkataan Darul Quran JAKIM yang menggunakan khat kufi murabba’ ini diinterpretasikan sebagai Darul Quran JAKIM merupakan nama yang tidak asing dengan peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan tahfiz terulung di negara Malaysia.
  • Perkataan “Qara’a” di tengah sebagai teras dalam menuntut ilmu yang melambangkan kesungguhan para pelajar Darul Quran JAKIM dalam menuntut ilmu.
  • Perkataan “Laam” yang berbentuk kubah merujuk kepada peranan Darul Quran JAKIM memayungi pengajian tahfiz di Malaysia.
  • Perkataan Darul Quran JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam tulisan rumi bertujuan untuk memudahkan memahami perkataan Darul Quran JAKIM yang merupakan salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  • Warna maroon yang merupakan warna korporat Darul Quran JAKIM melambangkan semangat yang mapan, kesediaan dan keupayaan Darul Quran JAKIM sebagai institusi tahfiz al-Quran terulung di Malaysia.
  • Warna emas diinterpretasi sebagai peranan Darul Quran JAKIM melahirkan penghafaz al-Quran yang paling bernilai sebagai aset penting negara.
  • Warna biru melambangkan warga Darul Quran JAKIM yang berketerampilan, berdedikasi dan berhikmah dalam membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi.